Monday, February 28, 2011

don't hate me because I'm comel.


assalamualaikum anda-anda comel - comelan semua,

ok malam nie jom kita lepak - lepak chill semua, ^^
lupakan semua mslh yang ada dlm kepala otak korang,
tarik nafas~~ tahan lagi lebih kurang 4jam stgh bru hembus oke.
lalalalaaa~~ 

abang - abang kakak - kakak mahupun adik -adik,
yang tengah minum milo cicah cicak biskut kering tuuu,
jom kita layan video nie jom!

rock giler budak neyh! 
ase nak sepak-sepak jer punggum dia. haha! xD


masalah tak kan lari dari kehidupan kita,
anggap saja masalah itu sebagai tanda ujian buat kita,
samada kita kuat atau lemah untuk menghadapinya.
hidup bukan berhenti setakat ini saja.
ada satu lagi alam yang kekal menanti buat kita semua nanti.
sebab tu hidup tak boleh berputus asa, kena kuat. 


last not latest,
dont hate me because i'm COMEL. ahaks! (^^)v


ok, bye-bye. =)

Bila student praktikal diberi kuasa Bos,


assalamualaikum kawang - kawang comel -comelan sekalian,
selamat berhari isnin,
semoga terus menempuhi hari dgn penuh kecomelan, weee~ (^^)v

hari ini bos sampai jer kat opis,
dia datang letak surat atas meja aku,


" awak tlg baca, then tengok dia sesuai ke tak, 
kalau awak setuju, tolong faks kan surat pengesahan pada dia. "

LOL! KALAU AWAK SETUJU oke,
means aku diberi kuasa untuk memilih student praktikal tu,
pdhl aku sendiri seorang student praktikal,
 hahaaha *gelak mintak pelempang*

so,sesi pemilihan bermula,
 1st aku nak tgk ialah,


muka hensem ke tak, 
kalau masuk pasaran, harga melambung ke tak. 
nie lah strategi perniagaan beb, boleh tarik ramai pelanggan.
oke, yang 1st nie lulus. ^^

perkara 2nd patut diusha adalah,


status. adakah lelaki dara mahupun bapa tunggal?
nice~ masih single! auwww2! boleh aku ngorat. ;pp

then, 3rd yang ditengok ialah,


result. bawah 3.75 aku rejek tros!
sebarang surat menyurat tidak dilayan. 

adeh! maen-maen jaaa tu sume, kui3x
nak amek pekerja mana boleh tengok rupa paras mahupun status,
tapi tengok kebolehan dia, kebolehpasaran dia,
nama pom student praktikal lagi, mempraktikkan ilmu yang ada
 sebelum ke dunia nyata. chewahhh! bercakap bagi pihak diri sendiri. ^^



oke, dah-dah,
kita lepak chill lue sambil minum kopi. hew3x
kalu bos taw nie, de harapan aku ulang LI lagi sem dpan. adeh! (v.v)m

online mengonline pom, kerja tetap jalan oke.
da 100,000 file siap di check-it-out. ^^


oke, bye - bye. =)



Sunday, February 27, 2011

Saya memang suka menunggu.



assalamualaikum awak-awak comelan sekalian,
selamat berhari ahad,
selamat menjalani hidup dgn secomelnya. weee~ (^^)v


tadi lepas balik keje niat nak p lepak kat umah nenek jap,
hati kosong, tak taw nak g mane, huhu
tapi tadi terlalu kat tepi kfc,
tgk kfc duk kenyit-kenyit mata kat aku, hueh3x ;pp
tergoda punyer pasal tanpa segan lagi tak silu aku pom terus parking kete,
niat dihati nak makan cheezy wedges jerk, tapi tertengok donutfish,
 nie baru 1st time makan sbb kat klate baru sampai stok,


donutfish.
not bad, kalu makan panas-panas lagi best,
then ternmpk plak menu baru kat kfc, toasted pocketful, 


nyum3x 
nmpk sedapkan. memang sedap pom,
rasa dia sama cam twister gak lebih tak kurang.


tapi yang menjadi tak berapa nak enak ialah,
aku tunggu benda alah nie dekat sejam, 
mana tak nya, aku pesan baru dyeorang nak bakar,
da lar time tu jam nk dkat pukul 6 dh.
cuak gler kot duk menunggu kat situ, terpinga-pinga sekor-sekor,
sambil dalam hati berisghtifar moga diberi kesabaran dan iman yang kuat 
tuk terus menunggu sekeping ayam balut lempeng nie siap,
sebelum aku sumpah pekerja-pekerja kat kfc tu jadi ayam golek masak kicap.
apa punya service lar, customer pesan baru nak buat, adeh!

tapi ok lar kan, 
at least dyeorang mintak maaf jugak sbb lambat,
aku pom jawab, " tak pe, saya memang suka menunggu."
* sambil wat muka annoying * (v.v)m


harap kalau ada pekerja kfc terbaca, membaca, atau dipaksa baca,
jadikan lah iktibar di masa hadapan demi keamanan kfc sejagat,
customers is always no. 1 oke! 
kalau aku report korang semua kat talian Nur, padan muka.
hahaahaha * gelak customer no. 1 *



oke, bye-bye. =)



Jatuh cinta bila...


grrr~ tersangat rasa terjatuh tangga cinta bila tengok lelaki 
tersenyum dan riang layan budak-budak,
adeh! dush3x *hantuk kepala kat dinding* ;pp












be mine?
marry me?
make love and had a happy perfect family.
auch! awesome. (^^)v


oke, bye-bye. =)


Friday, February 25, 2011

Cara Paling Femes Digunakan untuk pikat seseorang.


Sebelum seseorang itu berkapel, sudah semestinya mesti ada salah sorang tu yang akan cuba memikat kan? Mesti ada orang yang akan memulakan dulu dalam bab-bab berkapel ni. Kalu tak, tak kan bermulalah kisah cinta kan. ^^

1. Mula-mula, mesti la dia akan mintak no phone kita kan. Tapi nak mintak tu kadang-kadang, ada yang mintak terus dari kita. Ada yang mintak secara underground (maksudnya, mintak dari kawan-kawan kita la). Tak pun, menggunakan "intelligence" untuk mendapatkan no phone kita tu.

2. Selepas dah dapat no phone, apa lagi, dia mula buat-buat salah hantar mesej la, tersalah call la. Then siap tanya ni no sape, etc. Padahal dia yang start dulu kan? Tak ke pelik tu.

3. Dia akan selalu mesej kita. Tanyakan khabar, dah makan belum, dah mandi ke, etc. Then if tak puas lagi, die akan mesej-mesej dengan kita sehingga la pukul 2, 3 pagi. Dalam ngantuk-ngantuk tu pun boleh kata mata masih segar lagi.

4. Dah tu pulak, dah penat-penat nak mesej, dia akan terus call kita. Konon cakap kredit banyak sangat sampai provider nak potong line dorang. Tapi sebenarnye, nak dengar suara kita sebelum die tido. Nak hilangkan rindu la katakan. Even masa tu kita still rasa takde pape lagi.

5. Then, tibe-tibe dia akan ajak kita keluar. Keluar gi makan ke, keluar teman die belikan barang-barang dapur ke, ape ke. Memang pandai dorang ni dalam bab-bab mengajak keluar. Siap kalau takde kereta tu, sanggup pergi pinjam kereta kawan or sewa kereta.

6. Dah tu pulak, bile dah lama berkenalan, mula la dah tukar pulak status panggilan dalam mesej. Bucuk-Comot la, Sayang-Abang la, Mama-Papa la, dan macam-macam lagi la panggilan. Tapi rasa-rasa, Mama-Papa tu selalu orang guna selepas declare or dah lama kapel.

7. Dari situ pulak, mula la start mesej-mesej nakal. Konon-konon nak bermanja la tu. Even ada yang berkongsi masalah dan sama-sama fikirkan macam mana nak setelkan masalah tersebut. Dalam masalah pun, dia still nak buat lawak untuk bagi kita happy.

8. Dan akhir sekali, sekiranya dia betul-betul nak pikat kita dia akan approch kita. Tak tahu la spot mana dia nak amik sebagai tempat dia nak mendeclare tu. Ada yang dalam telefon je, ada yang jumpa terus, ada yang sanggup datang malam-malam coz nak bersaksikan bulan ke, ape ke. Tapi if dia betul-betul suka pada kita, dia akan cakap yang dia nak menjadikan kita sebagai pasangan hidup dia.

Namun begitu, tak semua yang akan berakhir dengan kegembiraan. Ada yang apa yang kita harapkan, tidak menjadi. Tapi apa salahnya. Even dia tidak menjadi milik kita, kita still boleh berkawan dengan dia kan kan?




sumber asli; tentang cinta. (^^)v



exteli sgt keletihan nie, =,.= tapi rindu plak kat belog. huhu
duk dgr suara-suara halus belog menyeru nama ku. adeh!
haaa, korang rindu c budak comel tak? 
yey! rindu yeee, mekasih. ahaks! ;pp



oke, bye-bye. =)



Thursday, February 24, 2011

Gua Nak Join Bloglist Cekodok.



sebelum tu, jawab soalan cepumas lueee, 

i)kenapa korang nak join bloglist gua...
- sebab aku rasa blog aku ialah sebuah blog dan seharusnya di listkan. kuang3x ;pp
ii) bagi pendapat tentang blog gua...
-pendapat gua ialah belog lue memang berpendapatan lar. 
iii) nyatakan korang nak join bloglist yang mana satu... bloglist biasa atau bloglist khas dan bagi sebab...
- nak masuk dua-dua list, boleh? hueh3x 
tapi disebabkan belog nie pom biasa jerk, jadi masuk bloglist biasa udah ler. <---humble gtu. (^^)v


klik banner untuk ke blog beliau.

jom sama-sama mengecohkan bloglist cekodok jom!
kasik abes dia punya cekodok. wahahaa ^^


adeh! kemengantukan mula melanda diri, 
jom p LHDN jom.
 sape nak teman? jadik driver aku oke. XD


bye-bye. =)


Photo Contest; Aku,Dia & Vintage.


Photobucket

yuhuu~~ assalamulaikummm,
mantap btol contest uncle ku sorang neyh, sambutan lebih hangit dari biasa,
even da berjuta-juta lemon orang da masuk,
aku nak masuk gak! hahaaha *gelak puas*
aku tak tidow mlm, tak masak tuk suami, tak makan
semata-mata nak edit gambar. oke, tipu. T.T
oke, cukup mencarut mengarut,
jom kita tengok gambar yg dipertaruhkan,
jeng, jeng, jengggg... 

gambar 1



 sebelum di edit.
ouch, inilah buayaprens daku~~ haha! ;p



setelah di edit dgn penuh keunggulan. ^^

gambar 2.



sebelum di touch up.



selepas di touch up dgn hati yg tenang. (^^)v

ilex lue - ilex lue,
ada satu lagi gambar yg ingin dipertaruhkan, hew3x

gambar 3



sebelum di godek, 



selepas digodek dgn penuh gedik. (v.v)m

oke, senyummm, ^^
tak perlu kata apa-apa, tarik nafas,
then amek talipon awam, undi lah aku. haha! dermmm btoi. ;p
ouch, gambar nie sume diambil oleh gambargrapher tercomel lagi unggul,
 ehem3x, aku lar. fresh dari ladang! (^^)v

untuk maklumat lebih detail & cara-cara mengorat tuan contest,
tekan KOM AND THE TYPEWRITER si gagah macho. <--- bodek! ;p

oke, aku nak tag 3orang bertuah,
Dilla 
Erza
Bulan
dyeorg nie sume da wat kot. haha! 
hentam saja. ;pp

haaa, kome-kome yg tgk tu, jom join jom!
cepat-cepat.
tarikh tutup contest nie 25 Februari 2011. (esok!)


bye-bye. =)


Wednesday, February 23, 2011

kelembapan itu makin terserlah.





aku taip perkataan 'lembap' kat google tadi,
then, kuar gambar nie,
so, aku letak lar gmbr 'lembap' nie. huah3x
dermmm! ttibe lapo tgk menda tu. T_T

konkulasi yg dpt dibuat disini ialah,
tak taw samada internet or netbook aku yg lembap,
tapi kedua-duanya saling berkaitan, saling syg menyayangi
dan saling perlu memerlukan,
dan jika slh satu dari mereka lembab, maka diri aku scara auto
akan melembap untuk wat entry dan blogwalking. *sigh.

ku tidak tahu mengapa ini terjadi kepada diriku,
adakah ini mungkin akibat dosa masa silam... krek.. krek.. *bunyi cengkerik.




tapi aku akn tetap pergi terjah blog korang, wajib!
tapi secara merayap-rayap mengkarung mencari mangsa jela. ;pp
terus lar update belog naaa, aku ada tuk baca! chill~~
hepi bloggim.  ^^



oke, bye-bye.


Rahsia Panjang Umur.


assalamualaikum saing-saing comel - comelan,
selamat berhari rabu semuanya, 
rakang - rakang perempuan-perempuan jua gegurl-gegurl sekalian,
berita baik, berita baik, berita baik punyeee~ *smbil wat gaya dafi AF.*

Seorang wanita berusia 103 tahun semalam mendedahkan
 rahsia panjang umur

 - kekal dara.

cara -cara mengekalkannya adalah dengan


gunakan lah jamu anak,mak&nenek dara.

atau


tontonlah filem aku masih dara bersama anak dara.

adeh! main-main jaa tuuu,kui3x ;p
nie tadi aku ade terbaca lam suratkhabar metro tadi,
perempuan tertua tu cakap,

“Saya tidak pernah berkahwin atau mempunyai teman lelaki. 
Ia mungkin menyumbang kepada umur saya yang panjang. 
“Saya langsung tidak pedulikan lelaki. Saya sentiasa makan malam. 
Saya sentiasa memastikan saya makan secukupnya. 
“Lelaki tidak pernah menjadi sebahagian daripada hidup saya,” katanya.


ish3x, bley plak mcm tu kan,
kalu semua perempuan dlm dunia pikir wat mcm tu,
maka.... korang pikir sendiri lah. byk andaian boleh dibuat. ;pp
yang pasti, tak de lah lagi lahir bayi-bayi yang comel knnn.
tak patut-tak patut, jodoh ajalmaut semua ditangan Allah, rahsia Allah.
 da memang tu takdir Allah yang telah ditentukan untuk perempuan tu.
bagi dia panjang umur dan tak diberikan nafsu terhadap lelaki. 
tapi mmg rugi lar kalu sape - sape tak de nafsu nak kawen, hew3x ;pp
ckp macam da kawen plak. adeh! sumap2!




nie Mak Cik Anggun, 90 tahun.
 ( bukan nama dan umo sebenar. ^^ )


ouch, nak baca berita penuh, 
klik BUDAK COMEL SEMEMANGNYA COMEL.
* jgn muntah tuk klik. ha3x *




pesanan penaja,
 jagalah dara anda sebaiknya demi keamanan sejagat.
pasti memiliki sijil nikah yang sah. <--- ttibe. ;p






bye - bye. =)



Tuesday, February 22, 2011

Ujian itu tanda Dia ingat pada kita.


Ujian Allah datang dalam pelbagai bentuk.Dahulu aku melihat orang lain sentiasa diuji dengan pelbagai dugaan. Sakit, kehilangan harta benda, kehilangan orang tersayang. Itu tandanya Allah masih ingat akan kita. DIA mahu menguji hambaNYA supaya jika kita bersabar, insyaAllah kita kan mendapat ganjaran.

Dan aku tertanya.
Kenapa aku tidak pernah diuji dengan segala cabaran yang aku lihat terpaksa dipikul oleh orang lain? Lupakah Allah kepada aku?
Atau Allah sudah tidak sayang kepada aku?

Kemudian aku tersedar, yang ujian Allah itu juga boleh datang dalam bentuk kesenangan. 
Dan kadang-kadang kesenangan itu lebih berat ujiannya daripada kesusahan. 
Oh, aku sedang diuji waktu itu tanpa aku sedari.
Persoalannya, luluskah aku dengan ujian itu? Hanya Allah yang tahu

Dan sekarang, mungkin Allah mahu aku merasa ujian yang aku pernah 'minta' dahulu.
Ujian dalam bentuk kesusahan.
Susahnya kehidupan seorang pelajar.
Tidak pernah diduga oleh aku yang Allah akan menguji aku dalam bentuk ini. 
Kerana dahulu, soal pelajaran tidak pernah menjadi satu masalah.

Tetapi aku tahu. Allah tidak akan pernah menguji hambaNya dengan ujian yang tidak terdaya oleh kita. Persoalannya, mampukah aku lulus dengan ujian ini? Setiap perkara yang berlaku, baik mahupun buruk, ada hikmahnya. Andai aku gagal dalam ujian ini,
mungkin ada hikmahnya. Allah ada perancangan yang lebih baik untuk aku, 
lebih baik daripada perancangan manusia untuk aku.

Namun, aku hidup dengan manusia. Terarah dengan jangkaan, harapan dan sangkaan manusia.Sedar atau tidak, aku terpaksa memenuhi semua tuntutan itu. Sehingga aku mungkin lupa yang kehendak Allah jauh melangkau segalanya.


digrab dari; ILUVISLAM. (^^)v

ANAS bin Malik meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: 
“Telah berkata Jibril: “Wahai Tuhan, Engkau sampaikanlah maksud dan hajat hamba-Mu si polan… Maka, Allah menjawab: “Biarkan hamba-Ku itu, kerana Aku mencintai suaranya (yang selalu bermohon dan meratap kepada-Ku).

bye-bye. =)


siyesly aku mengalami kepayahan&ketidakcukupan tidur akhir - akhir nie,
grrr~~ T_T nak berpikir pom agak terbatas. parop moleps ambo!
jadi sory lah kalu entry byk ada perkataan 'share'. ;p

Monday, February 21, 2011

GIVEAWAY PERTAMA: Jom Blogwalking Contest


assalamualaikum kawang - kawang comel-comelan sume,
selamat berpetang isnin, (^^)v




ehem3x, I secara rasmi lagi bersopan kecomelan telah dijemput
oleh tuan GA ini untuk menjoin GA pertama beliau,
*bajet mcm orang lain dia tak dijemput. ;pp*
so, jom jom join jom!

cara penyertaan GA nie lain sikit,
nak tahu, sila klik SINI.
klik jgn tak klik, kalu tak nanti tak taw pe kelainan GA nie.
 hew3x ^^

kepada lelaki-lelaki jua da lucky-laki,
I syorkan join lah,
sebab hadiah utama nya adalah jersi negara atau kelab atas 
pilihan suka hati sanubari anda sendiri.
best kan? dpt free kot!
yang perempuan-puan pom boleh jerk, kalu dpt,
leyh hadiahkan tuk ayah, bopren, bestpren, jiranpren, buayapren. ;pp

dia tak suruh tag sape -sape,
tapi aku nak tagged jugak biberapa orang disini, kui3x


join jangan tak join.
sila - sila join beramai-ramai lagi berjemaah yeee,
dan jgn lupa undi I tawww. peace~ (^^)v
* errk, ada undian ke?? kuang3x *

tuk keterangan lanjut, sila ngorat tanya 
abgteror yg sememangnya teror. ^^


bye - bye. =)



Adakah kamu jodoh ku?


JODOH? apa itu jodoh? 
kuih kah? jenama peti sejuk kah? Jenama pampers kah?

Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?



Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.

1.Bersahaja

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2.Senang bersama

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3.Terima kita seadanya

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4.Sentiasa jujur

Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5.Percaya Mempercayai

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6.Senang Bekerjasama

Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7.Memahami diri kita

Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8.Tampilkan kelemahan

Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9.Kata hati ( nie yg paling aku suka&setuju. ^^ )

Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10.Solat Istikharah dan Tawakkal

Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.



sgt indah dan suwet kalau korang da dpt rasa petanda -tanda itu. kan3?

" umiiii, nak kawen plisss~~!! "
gatai! dush3x ;pp


bye - bye. =)




psst; kebanyakkan kamu-kamu mungkin da baca,
sebab artikel ini diambil dari 'mukabuku'. (^^)v  peace~~


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...