Monday, November 28, 2011

Sajak sang suami untuk sang isteri ♥


Aku pasti punya masalah
Tiap kali ingin menulis puisi buatmu.
Entah kenapa, kuasa cintamu lebih hebat
Dari kata-kata yang akan terkeluarkan.
Saat itu langsung aku setuju yang dirimu satu.
Dan hari ini kau menjadi isteriku.

Ampunkan aku kalau aku pernah berkasar,
Ampunkan aku kalau aku pernah mengherdik,
Ampunkan aku kalau aku pernah menjerit,
Ampunkan aku kalau aku pernah terpekik, melolong,
Isteriku, percayalah sebabnya ialah kasih dan cinta.

Akan ku jaga kau seperti ku jaga diriku sendiri,
Memang hidup itu tidak pernah ada jaminan keselamatan, 
Bahaya, ancaman di mana-mana
Tapi selagi kau dalam dakapanku,
Aku berjanji akan menjagamu
Setiap saat dan waktu,
Setiap siang dan malam,
Setiap guruh dan hujan,
Setiap panas dan terik,
Setiap nafasku.

Aku sering menadah telapak tangan,
Dan memohon pada Tuhan,
Agar kau, bukan sahaja kau menjadi isteriku,
Tetapi menjadi isteri yang disayangi Allah Ta’ala

Isteriku.
Selamat datang ke hidupku,
Selamat menjadi isteriku.
Selamat menjadi ibu pada anak-anakku kelak.
Selamat menjadi menantu ibu bapaku.
Selamat menjadi adik dan kakak pada adik-beradikku.
Selamat menjadi keluargaku.
Selamat menjadi pelengkap hidupku.
Selamat menjadi separuh dari aku.

sajak yang direka sendiri oleh Zahiril Adzim untuk isterinya, Shera.
romantik dan bermakna sangat! ♥ 



aku sendiri pom rasa nak nanges baca, apatah lagi Shera kan. :')



#kbai :)




p/s; post dalam belog wat simpanan tuk tatapan bakal suami wat rujukan. hihi :P
       


#Eh sajak & gambar diambil dari enciknakal.com & gua.com.my 
macehh :)

9 comments:

mr.syazwan said...

romantik kan


=_=

Nazifa said...

suweeet ahh.jom comel cri husben mcm zahiril nie :p

Solihin Zubir said...

mmg puitis..
zahiril ni mmg berbakat betul kan dlm sastera..
bertuah shera dpt husband romantik.. heheh..
nk copy jugak lah.. nk wat rujukan.. nk letak lam blog kedua.. =)

FariehanIbrahim [LBC] said...

@mr.syazwan: sgt! :'D

@Nazifa: tu r psl.da msuk lam list nk ciri2 cam Zahiril Adzim nie..hihi :P

@Solihin Zubir: kannn..brtuah sgt Shera tu, sajak nie mcm bukti dia syg gier kt isteri dia. :')
amek2..wak rujukan tuk bkl isteri. hehe

iszieylyanziy said...

sweet like candy!! huwaaaa,,,,romantik gituu

محمد رازيق said...

nice poem la dari zahiril.. tq for sharing. salam kenal :)

FariehanIbrahim [LBC] said...

@iszieylyanziy: kannn..sweet sgt! >.<


@حمد رازيق : aah, nice kan. :') welcome. n salam kenal blogger. :D

YanaMIB said...

Tgh2 somi xde di sisi ni lagiiiiii la sedey nk bc..iskisk terharu kuttt somi wat sajak cenggini..iskisk. Nk copy jugak la wat simpanan..hekhek =P

Misz Jenny said...

eh, dah kawen?

baru tau

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...