Wednesday, August 29, 2012

Kari bewarna hijau di KFC!


assalamualaikum semua! :)


tadi keluar dgn kengkawan pegi jenjalan kt kbmall,
tetiba perot lapo berentak gangnam style #puihhh -..-
act, nak makan GCB kat McD, tp punya ramai umat manusia :(
makanya beralih arah dan selera ke kfc,
makanya ingin mencubailah menu baru, kfc green curry.



rasa dia?
rasanya tak macam kari sgt, tp macam kuah rendang. (tekak aku!) 
tapi sedap rendang umi aku buat lagi lah. hueh!
tapi not bad sebab pedas,rasa cili padi. aku suka pedas. 
kuah dia pekat sgt, terlebih santan kot.
maybe lain tmpt, lain rasa kan. mesti chef dia lain2 setiap negeri.
nasik plak lembik (tak kenyal) so agk muak mkn ngn kuah camni.
next time, aku makan nasik ayam kuah sup tu lagi sedap. hewhew :)


korang da rasa ke? best tak?


#kbai :)

Wednesday, August 15, 2012

Beriftar bersama kawang-kawang.


assalamualaikum korang comel-comelan semuaaa ;)

bila dh habis belajar, dh start jadi penganggur yg berjaya nie,
mmg tempatnya dirumah jelah kan. #pffttt
jadi ramadhan kali ini amatlah best sbb sepenuhnya sambut dirumah,
sahur ada org kejut, berbuka ada org prepare. kehkeh
tapi saat2 bersahur n berbuka dgn kawang2 amatlah dirindui! :')

jadi dari mingggu pertama ramadhan lagi
aku duk pikir2 dalam kepala rancang nk ajak kawang2 berbuka sekali,
bosan gak kan asyik berbuka kat umah ;p
tapi bila dh habis blaja nie, msg2 da ada komitmen sndiri,
msg2 jauh, msg2 busy, msg2 dgn urusan mengasing. -..-

nevamind,
tak semua yg kata 'tak boleh' kan? :)

thanks azman, pija, syafa, ila, dan amni! :D

terima kasihlah kepada cik syafa sbb sudi tempahkan meja di Selera Cik Siti :)
kengkawan dari sem 1 di PKB, yg nie jer mampu hadir. #erkkk


sebelum & selepas ;p
tomyam dia best! pekat dan lauk byk. perghhh! :)
lauk ayam halia, daging merah, telur dadar, kailam ikan masin cam biasa jer rasa mcm kat kedai2 lain. heee




harga dia not bad, dalam 15hinggit 1kepala.
6kepala. korang darab lah sendiri. haha!

datang kt cik siti nie mmg terliur nk makan chicken chop dia.
pas raya! pas raya! hewhew



ayuh serbu colek pulop! :D



#kbai


Wednesday, August 8, 2012

Menu Berbuka. Aku Ada, Kau Ada? #Erkkk


assalamualaikum semua, semua dan semuanya..
act, entry nie saje jer nk menunjuk hidangan berbuka puasa,
jeles tgk orang lain duk post, nk post jugak! *hentak kaki*
muahahaa keji nya aku rasa! ;p

ok, sila layan kan jelah aku nie,
plissss~ *wat muka comel, kedip2 mata*


asam pedas ikan patin.
#erkkk asam pedas ke? haha 
sedap tapi aku tak makan sgt sbb ikan dia tu mcm lembik2. heee :P


gulai daging.
sedap, daging dia lembut-senang-dikunyah.


pucuk paku goreng bersama telur.
ouch3, nie aku plg suka! 
bersinar-sinar mata tgk mak sdare aku goreng sayur nie. :'D


sira keladi.
nenek aku buat. dia suka manis, jadi mmg manis+pekat.
meleleh dlm liang tekak beb! haha


timun susu.
pencuci mulut feveret aku sepnjg hayat, poreba n eva! 
haha *over kau nyahh! :3

sebenarnya ada lagi lauk tak sempat nk snap,
ada sup daging ngn ayam percik,
sedap-lazat-hingga-menjilat-pinggan.
tambah2 lagi mkn ramai2 anak beranak Mok Su Nab. 
 ahaksss ;D


terima kasih baca post bersahaja ini. 



#kbai :)

Monday, August 6, 2012

#ThankYouLeeChongWei







rasa macam nak menangis jugak :')
semangat patriotik jugak ok aku nie. ehemm! 



#ThankYouLeeChongWei 


:)


Salam Nuzul Quran 2012.


“Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk),Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah,Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.”[Al-`Alaq: 1-5]





bila kita punya banyak masalah,
bila kita rasa kepala nie serabut sangat,
bila kita rasa hidup nie mcm tak menentu,
bila kita rasa kita nie lemah sangat,
bila kita rasa dunia nie tak lagi adil,
bila kita rasa nak mengalah,
bila kita rasa sedih yg amat,

dan
bila kita tatap, pegang, buka dan baca Quran dgn seikhlasnya.
kita sendiri akan rasa kelainan dalam jiwa kita.
ketenangan yg kita takkan dpt jumpa&rasa dimana-mana.
:')



Salam Nuzul Quran. 




boleh baca ---> Sejarah Nuzul Quran :)


Friday, August 3, 2012

Homemade Chicken Chop.


assalamualaikum u'ollsss! 
yummiessss! semalam berbuka makan chicken chop. 
hiksss ^______^



macam nie cara dan bahan nak buat sos dia yg sgt simple dimple haaa. 
(bajet da macam chef-chef! ehemmm! *betulkan kolar baju*)
:P

Bahan-bahan diperlukan:
-bawang putih 3ulas (dicincang)
-bawang besar 2ulas (dicincang)
-segenggam lada hitam (ditumbuk sehingga halus mulus)
-4/5sudu tepung jagung (dicampur air)
-sos tiram (sesenduk)
-semangkuk besar air (ikut sebanyak mana korang nak)

Cara membuat:
1. panaskan sedikit minyak, masukkan bawang putih. goreng sehingga nmpk kuning.
2. masukkan plak bawang besar. kacau hingga mereka bercampur aduk semesra mungkin. #erkk
3. then, masukkan lada hitam. gaul rata sehingga naik bau.
4. masukkan air sebanyak yg korang perlukan. 
5. masukkan sesenduk sos tiram. kacau dan tunggu sehingga mendidih.
6. last masukkan tepung jagung yg dh disebati dgn air.
7. kacau dorang hingga pekat. terus tutup api. 
siap!
simple-dimple-pimple sgt! :)




tapi skill nak buang tulang ayam tu memang fail lagi.
bersirat tulang ayam, nak makan pun tak feel. haha
dun care, janji habis! ;D




#kbai korangggg!
:)

Thursday, August 2, 2012

#DearMyFutureHusband





#DearMyFutureHusband
 silalah bimbing saya dengan baik nanti.
sy pasti akan mendengar kata awak. 
boleh sesama ke Jannah Allah. insyaAllah.
hiksss! suwet nyeh :'P



#kbai
:)

Wednesday, August 1, 2012

Interview, interview dan interview! *nada teruja*



assalamualaikum korang semua :)
selamat menjalani ibadah puasa dgn sebaiknya.

ehemmm, esok aku ada interview kerja. untuk kali yg ke...9 kot setakat nie (._.")
*tak termasuk yg aku tak pergi. hukkk!
sgt tak best kot bila ada kata-kata dan pertanyaan,
"interview lagi? pah sajo pulop."
"tak dpt ke interview hari tu?"
"keje dh ke? dgr kata interview hari tu."
#pffttttt -..-

tapi setakat nie aku tak rasa give up lagi.
hantar resume byk2, nak panggil ke tak itu hak mereka.
pegi interview byk2, dapat kerja ke tak itu rezeki Allah tentukan.
hukhuk ;)

*tapi byk kesilapan jugak kot aku buat time interview tu. mcm tak cukup preparation maybe. hmmm!


sila doakan yg terbaik untuk saya. terima kasih :)



The Prophet PBUH  said : 

There will come a time when holding on to your Iman would be 
like holding on to hot coal"
(Sahih al-Tirmidhi)

:')



#kbai


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...