Saturday, July 13, 2013

Apa patut buat bila mengantuk kat pejabat waktu bulan ramadhan?




haaaa, ini lar aku buat kat ofis. mihmihh
asli tulisan tangan aku sndirik then aku scan masuk pendrive,
then upload masuk blog, wakakaa
kengkonon kreatif ler kannn! *tangan dibahu,mata keatas*
nasib baik tak kantoi ngn supervisor aku scan bnda ni, wahahaa

habis 3batang dakwat pen aku guna conteng kertas 
utk mengelak dari terus tertido kat ofis.
mengantok yaaa hazab hoiii!
sebab keje aku skrg tak byk sgt pun.
tiap 5minit sekali bukak email tgk kalau2 ada order masuk,
tak pun tunggu arahan suruh bukak cheque,
as-simple-as-that jer keje daku, wiwiwiii
ada time2 dia jer tension ngn keje bila semua benda nak urgent. 

nasib baik lah supervisor aku ni memahami gaya org yg berpuasa
even dia seorg kaum cina :)
dia pahamlah org puasa ni mengantok,
biasa mengantok blh minum air kan,
time bln ramadhan ni if mengantok g main air dlm toilet jelah,
kekdg blh tertido dlm jamban. wakakaa
bila bos besar masuk jer aku harus tabahkan diri, celikkan mata,
luaskan hati, gtuuu~
buat-buat mcm kita ni cergas gile walau dlm kepala mengantok-tuhan-jer-tahu.

ni adlh 1st time bekerja di bulan ramadhan,
sblm2 ni ke kelas or duk rumah jer time bulan pose. 
so macam nk kecoh r sikit aku mengantok kat pejabat time bln pose kan. 
even baru 4hari di bulan ramadhan.
mihmihh :p




#kbai


#Selamat menjalani ibadah puasa dgn penuh kecomelan.
moga segala amalan baik kita semua diterima.
insya Allah :)







ahkak-ahkak, ahbang-ahbang buat apa kalau ngantuk kat pejabat?
ceciter~ :D



Friday, July 5, 2013

Antara kesilapan-kesilapan ketika interview untuk *fresh graduate*.


ehem ehemmm assalamualaikum,
rajin plak aku nak update blog kan? mihmihh
tetiba dpt hidayah nak update kan, bukan senang tahu! :B

hari ni aku nak update pasal antara kesilapan-kesilapan ketika interview,
 gtuuu~ kelas bunyi nyah!
tak, ni adalah kesilapan yg aku sendiri pernah buat masa aku interview
sebyk 10kali dulu, sebelum aku dpt keje skrg.
10kali interview? muntah tak muntah. >.<

1. tulis ANY or ANYTIME.
haa..dulu aku pernah tulis any pada bahagian expected salary and anytime
pada tarikh mula kerja. no no..seeloknya korang tulis lah berapa gaji yg korang nak
sesuai dgn pengalaman yg korang ada. jgn fresh gradute dh nak mtk basic 3k. mihmihh

2. baca dan isi borang dengan sebaiknya sebelum isi.
aku dulu penah gelogoh nak isi borang, sampai tak perasan nak tulis aku 
ni lulusan diploma. so aku hanya tulis sampai takat sklh spm jer.
umo 22, tp spm. maybe dorang ingat aku ni tak sambung blaja lar kot..huahua

3. diri tak berapa nak CONFIDENT.
salah satu interview aku dulu, aku kena berlakon. jadi pembantu bos and kena 
kutip hutang pelanggan yg dah lama tertangguh. haha dah lar kena berlakon ngn bos dia terus.
aku org 1st, punyalah terketar2 aku berlakon. fail gilerrr! haha lepas tu, bos tu pom pesanlah kat aku,
jgn takut sgt, confident dgn diri sendiri. tarik nafas dulu, tenang. 
aku dulu mana ada pengalaman keje, ttibe suh aku jd pengutip hutang. mmg tak tau ar! haha

4. kalau dia ckp, "any question?" tanya jer apa2 yg berkaitan.
mmg selalu lepas interview, penginterview tu akan tanya soalan cenggini kan?
2,3kali interview jugak bila dia tnya soalan ni, aku senyum jer..then geleng. huahua
tapi interview lepas aku selalu tanya pasal company tu lah "dah lama tubuh company ni?"
"company ni buat akaun saje ke audit jugak?"
"ramai tak pekerja kat sini?"
kalau bos hensem, "bos dah kawen?" kahkah #kIniPoyo

5. jangan nak poyo sgt, SENYUM.
tak kiralah penginterview korang tu garang nak mampuih, mulut laser ke,
tak senyum ke, muka ketat ke, suka perli ke,
senyummmm jer! maybe dorang wat gitu nak uji kita jer ke kan? hehe


errr, tu jelah kot kesilapan yg aku pernah buat dlm interview aku dulu, 
mihmihhh
Alhamdulillah dah 9bulan aku kerja, 
macam2 ilmu pengalaman baru yg aku dpt dlm kerja ni.
bkn aku jer, korang2 yg bru kerja mesti rasa mcm aku jugak kan?
hewheww ;)
bila kerja bawah org ni, biasalah kita kena pandai amek hati orang.


last not least,
doa. doa. dan doa.
lain tempat, lain orang, lain gayanya. jadi kena paham gaya penginterview korang tu dulu,
ada jer yg interview ala kadar. ada jugak yg susah skema. so, ikut keadaan semasa! hihi
moga Allah permudahkan urusan kita-kita.
aminnn~




seganlah nak update belog. takde org baca jugak.
muahahahaa *lempang*



#kbai 
:)

Tuesday, June 18, 2013

Move on.





memang susah nak move on,
bila diri terlalu selesa berada dlm dosa,
 kasaq bunyi! haha
tak cakap kat org lain, tp kat diri sendiri.

takde cara lain dah,
kembali pada yang satu,
Dia. 
Dia yang selalu memerhatikan kita. di atas sana.

doakan saya, ok.
doakan saya dapat move on ke arah yg lebih baik.
aminnn!

:)


#kthanksbai.


Monday, June 10, 2013

Redha & Hati.




“ Redha tu.
Bukan sekadar kita cakap ‘Aku redha’.
Dan segala benda akan jadi seperti sedia kala.
Tak. Tak.
Sebab, hati tu.
Bukan mudah nak diubah rasa.
Macam kita tutup buka suiz lampu ikut suka.
Hati tu.
Perlukan ruang dan masa.
Untuk dirawat lukanya.

credit to tumblr.

totally right :')





"dop tahu gapo nok!"

T____________________________________________T





#kbai





krik krikkk krikkkk
*bunyi cengkerik*

Wednesday, May 29, 2013

Kehidupan.


Kesenangan yang datang tak akan selamanya
Begitulah selepas susah ada kesenangan
Seperti selepas malam datangnya siang
Oleh itu waktu senang jangan lupa daratan

Gunakan kesempatan untuk kebaikan
Sebelum segalanya terlepas dari genggaman
Kelak menyesal nanti tak berkesudahan
Apa guna sesalan hanya menekan jiwa

Jangan difikir derita akan berpanjangan
Kelak akan membawa putus asa pada tuhan
Ingatlah biasanya kabus tak berpanjangan
Setelah kabus berlalu pasti cerah kembali


Ujian adalah tarbiyah dari Allah
Apakah kita kan sabar ataupun sebaliknya
Kesenangan yang datang selepas kesusahan
Semuanya adalah nikmat dari tuhan


:)
jgn lupa senyum, senyum tu kan sedekah.
sedekah dapat pahala, tahu? Insya Allah.


:)



Friday, May 17, 2013

Gegurl! jom try check-list cepat!


Kepada kamu yang bergelar gadis, tahukah kamu bagaimana caranya untuk mengetahui seseorang jejaka itu sedang jatuh cinta pada kamu atau tidak?

Berikut ini adalah 10 ciri-ciri lelaki yang sedang jatuh cinta dengan kamu..:

1. Memberikan lebih perhatian.
Si jejaka akan memberikan perhatian yang lebih terhadap kamu berbanding orang-orang lain. Biasanya, rakan-rakan kamu akan lebih terasa situasi ini daripada kamu sendiri. Misalnya, di saat kamu sedang menggigil kedinginan ketika cuaca sedang sejuk, dia akan menjadi orang pertama yang menawarkan jaketnya untuk kamu. Di saat kamu sedang sakit, dia akan menjadi orang pertama yang menawarkan bantuan atau membelikan kamu makanan.

2. Meluangkan masa untuk kamu.
Si jejaka yang mencintai kamu selalu ingin sentiasa berada dekat dengan kamu. Hal ini akan jelas terlihat, apatah lagi kalau dia sanggup meluangkan waktunya untuk sesuatu yang dia sebenarnya tidak suka lakukan. Padahal kamu tahu yang dia sebenarnya tidak suka membeli-belah, tapi dia tetap meluangkan waktunya untuk menemani kamu untuk berbelanja di pusat membeli-belah misalnya.

3.Menerima kamu apa adanya.
Lelaki yang mencintai kamu selalunya menerima kamu seadanya. Tak kisah lah kamu gemuk ke, berbau ke, ataupun tidak cantik di mata orang ke, dia masih menerima kamu dan tidak menyuarakan apa-apa tantang kamu untuk merubahnya. Bagi dia, itulah keunikan kamu.

4.Lebih romantis terhadap kamu.
Orang yang sedang jatuh cinta sama kamu, dia pasti akan lebih romantis bersama kamu. Contohnya, dia mungkin akan mengirimkan sms seperti “Selamat pagi”, “Selamat malam”, “Selamat tidur”.

5. Ingin mengetahui segalanya tentang kamu setiap saat.
Si lelaki ini selalu saja ingin mengetahui kegiatan kamu seharian. “Macam mana hari ni kat kolej?” atau mungkin “Ada aktiviti apa nanti?” Semuanya itu adalah hal-hal yang dia ingin tahu tentang kamu, kegiatan kamu sepanjang hari, mahupun untuk aktiviti yang akan kamu lakukan.

6.Selalu mengingati hal-hal kecil tentang kamu.
Lelaki yang mencintai kamu selalu mengingat setiap kata-kata yang kamu ucapkan bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengatakannya kepada dia. Tapi dia akan ingat akan hal-hal kecil yang kamu katakan mahupun lakukan.

7. Selalu menganggap kamu adalah satu-satunya wanita yang hanya untuknya.
Lelaki tidak akan mendekati perempuan lain jikalau dia sedang jatuh cinta terhadap kamu. Lelaki yang melirik perempuan lain tidak mungkin sedang jatuh cinta, lelaki itu sebenarnya keliru. Setiap kali dia ingin keluar makan, dia selalu menelefon kamu, mengajak kamu. SMS dari kamu selalu dia akan simpan dan akan memadam sebarang SMS dari orang lain jika inbox dia sudah penuh.

8. Tidak akan mudah menjanjikan sesuatu kepada kamu.
Lelaki yang mencintai kamu tidak akan mudah untuk membuat janji. Dia akan lebih hati-hati untuk menyiapkan semuanya untuk kamu. Jika dia tidak yakin akan sesuatu, dia tidak akan begitu mudah untuk menjanjikannya. Bukan kerana dia adalah lelaki yang tidak boleh dipercayai, tapi dia ingin kamu mempercayainya. Dia sedang berhati-hati supaya tidak mengecewakan kamu.

9. Tidak akan mahu menyusahkan kamu.
Kamu sedang memerlukan sesuatu, dia akan selalu menawarkan bantuan untuk kamu tanpa kamu minta. Dan jika kamu sedang di dalam kesusahan, dia akan mencari jalan untuk meringankan beban kamu. Dia akan menyuruh kamu supaya tidak merisaukan apapun kerana dia telah memikirkan penyelesaiannya untuk kamu.

10.Tidak punya alasan untuk mencintaimu
“Kenapa kamu sayang aku?” Lelaki yang mencintaimu tidak akan begitu mudah menjawab persoalan mengapa dia mencintai kamu. Cinta itu bagaikan sesuatu yang tidak dapat dijelaskan dengan kata-kata tetapi hanya dapat dirasakan. Kalau dia mengatakan “Kerana kamu cantik!” Wah, senangnya.. Jangan percaya kalau dia mengatakan hal-hal yang remeh sebegitu. Berhati-hatilah.



#cam beselah, malas nak up entry. penyakit M bermaharajalela.
huaaaah! :P
tapi artikel ni sgttt menarik tuk dikongsi kan :)





#kbai
semoga terus bercomel-comelan okeh!
jgn pikior nak hasben comel jer,
tak comel takpe, bole tutup lampu. #Eh
:D

Friday, May 10, 2013

Kerja 2nd tak excited mcm kerja 1st ke?


Assalamualaikum 

#Eh belog ni wujud lagi lah! Alhamdulillah :D


Ya Allah, lama nye lama nyee lama nyeee!
lama nyeee tak hupdate belog >.<
mesti korang2 tak tau kan, yg aku dah kawen skrg. ehemmm.
ok, tipu. *lempang diri sendiri. hahaha



sebenarnya kan,
aku nak luah sesuatu benda kat sini,
yg aku tak berapa nak ngam, tak berapa nak masuk, n tak berapa nak suka
dgn keje skrg :(
ye, aku dah tukar keje lain.
setelah bertahan 6bulan di keje lama dulu. 

kenapa aku rasa tak ngam dgn keje skrg?
maybe sbb keje skrg tak serileks keje dulu.
haha bole gitu? ngengadee kan aku!
keje bru  masuk sebulan, tp I iz stresss u know!
kengkawan kt fesbuk aku mesti tau sbb status aku mmg yg stress2 jer.

company yg aku keje skrg ni ada 2org bos,
dorang bukak 3 companies berbeza,
n tiap2 companies tu ada plak branches.
mmg tak masuk akal lah kalu aku sorang yg wat akaun companies tu sume kan,
tp ada sorg pekerja bercuti bersalin,
so, time2 tgh bulan mmg waktu yg sgttt stress!
time tu lar semua benda nak dtg dalam 1masa. phewww
aku ni baru lagi, so nak biasakan diri dgn keadaan baru ni
agak stress lar kan! (v.v)m

minggu lepas plak bos baru gtau yg
HQ company akan ditukarkan ke branch 1 lagi,
n semua staff acct dept mesti lar kena pegi kat HQ kan,
HQ baru tu agak jauh dari HQ skrg.
yeee, bukan agak tp mmg jauh.
sbb ofis skrg aku pegi jalan kaki jer.
nti HQ baru kt pasir mas, gile engko nak jln kaki!
sblm subuh dh kena turun, sampai2 lencun mandi peloh. no no no! -.-

keje ke-2 ni mmg tak se eksaited keje pertama. betul tak?
tak kottt. haha
eksaited jugak sbb keje 1st ngn 2nd ni lain.
so, aku sdg menimba pengalaman kerja yang baru. ^_^
moga Allah permudahkan kerja kita. orite?
*gimme 5*

ok, tu jelah aku nak membebel.
huarghhhh! *menggeliat*
tak cukup rehat, dlu cuti 2hari, skrg sehari jer.
pfffttttt!





betapa lalai nya aku dgn duniawi,
sampai tak sedo dh masuk bulan rejab. uhukkk

cant wait to see u Ramadhan.
Insya Allah. aminnn :')



#kbai koranggg!
sila rindu aku. *tetiba*

Wednesday, April 3, 2013

Keputusan.

\


memang sukar nak buat keputusan,

lebih2 lagi aku ni jenis yg bila dah mula rapat, dah mula selesa, dah mula ngam keadaan sesuatu tu,
aku rasa syg sgt nak tinggal pergi, rasa berat hati sgt, rasa serba salah sgt...


tapi,

aku harap aku buat keputusan yg betul.

Insya Allah, amin. hanya pada-Mu aku berserah.

Allahu Allah.




and HELLO APRIL, please be nice to me :)

Wednesday, March 27, 2013

Wordless Wednesday







xpela nanti tak dapat pakai pingat pun time terima sijil,
keterujaan tu tetap ada :p


Moga Allah permudahkan urusan. Amin.


#kbai 

:D

Wednesday, March 13, 2013

I wish I could write,






I wish I could write. I get these ideas but I never seem to be able to put them in words.






mungkin aku patut jadi blogger yang post gambar-gambar jer kottt..pffttt!
macam tak sempat nak pikir idea nak update blog,
biaselah keje akaun. bulan 3,4,5,6 mmg bulan yg busy-giler-nak-mampos. 



#IniSemuaPoyoooo 


aku mmg malas nak update blog pun. bila-bila masa pun. bulan-bulan mana pun.

:P






#kbai


Saturday, March 2, 2013

Tak semua benda hilang kita perlu cari balik.





Ku coba ungkap tabir ini
Kisah antara kau dan aku
Terpisahkan oleh ruang dan waktu
Menyudutkanmu meninggalkanku

Ku merasa telah kehilangan
Cintamu yang tlah lama hilang
Kau pergi jauh karena salahku
Yang tak pernah menganggap kamu ada

Asmara memisahkan kita
Mengingatkanku pada dirimu
Gelora mengingatkanku
Bahwa cintamu tlah merasuk jantungku

Sejujurnya ku tak bisa
Hidup tanpa ada kamu aku gila
Seandainya kamu bisa
Mengulang kembali lagi cinta kita

Takkan ku sia-siakan kamu lagi


yang berlalu biarkan berlalu,
taknak jadikan kenangan takpe biar jadikan peringatan.
tak semua benda hilang kita perlu cari balik.
ok awak?
peace (Y) 
:)


Tuesday, February 26, 2013

'Lovely Advice' untuk saya dan jugak awak :D



Jom perkasakan #OhMyEnglish ;p

Health:
  1. Drink plenty of water.                                                                           
  2. Eat breakfast like a king, lunch like a prince and dinner like a beggar.
  3. Eat more foods that grow on trees and plants and eat less food that is manufactured in plants.
  4. Live with the 3 E’s - Energy, Enthusiasm and Empathy
  5. Play more games.
  6. Read more books than you did last year.
  7. Sit in silence for at least 10 minutes each day.
  8. Sleep for 7 hours.
  9. Take a 10-30 minutes walk daily. And while you walk, smile.


Personality:
  1. Don’t compare your life to others. You have no idea what their journey is all about.
  2. Don’t have negative thoughts or things you cannot control. Instead invest your energy in the positive present moment.
  3. Don’t over do. Keep your limits.
  4. Don’t take yourself so seriously. No one else does.
  5. Don’t waste your precious energy on gossip.
  6. Dream more while you are awake.
  7. Envy is a waste of time. You already have all you need.
  8. Forget issues of the past. Don’t remind your partner with his/her mistakes of the past. That will ruin your present happiness.
  9. Life is too short to waste time hating anyone. Don’t hate others.
  10. Make peace with your past so it won’t spoil the present.
  11. No one is in charge of your happiness except you.
  12. Realize that life is a school and you are here to learn. Problems are simply part of the curriculum that appear and fade away like algebra class but the lessons you learn will last a lifetime.
  13. Smile and laugh more.
  14. You don’t have to win every argument. Agree to disagree.

Society:
  1. Call your family often.
  2. Each day give something good to others.
  3. Forgive everyone for everything.
  4. Spend time with people over the age of 70 & under the age of 6.
  5. Try to make at least three people smile each day.
  6. What other people think of you is none of your business.
  7. Your job won’t take care of you when you are sick. Your friends will. Stay in touch.

Life:
  1. Do the right thing!
  2. Get rid of anything that isn’t useful, beautiful or joyful.
  3. However good or bad a situation is, it will change. 
  4. No matter how you feel, get up, dress up and show up.
  5. The best is yet to come.
  6. Your Inner most is always happy. So, be happy.







selamat menjadi comel!
#kbai 


;D

Tuesday, February 19, 2013

Semalam awak datang ke dalam hidup saya.


"
Semalam awak datang ke dalam hidup saya. Saya cuba berikan cinta semampu yang saya tahu. Awak ajar saya, apa tu kasih sayang, awak ingatkan saya apa itu rindu. Tapi tiba-tiba awak hilangkan diri. Tanpa beritahu apa salah saya yang sebenarnya..

Hari ini, saya cuba jadi kuat. Cuba menjadi tekad seperti mana diri saya sebelum awak muncul dalam hidup saya. Andai kata, di luh mahfuz mmg sudah tertulis nama awak sebagai takdir hidup saya, saya terima dengan hati terbuka. Sebab saya masih sayangkan awak.

Tapi jika ada yang lain tertulis “dia” adalah jodoh saya yang sebenarnya, saya minta 1 sahaja. Doakan saya mampu lupakan awak. Sebab saya mahu mencintai pasangan dunia dan akhirat saya setulus hati. Kerana dialah "pelengkap buat kaki saya melangkah ke syurga".
"

cerita kat atas tu dicopy dari tumblr seseorg.
#Eh tapi macam samalah dgn apa yg pernah aku alami :) 





#kbai



Sunday, January 27, 2013

Lidahku ku ni pelat.



lidah ku ni pelat,

tak bisa bicara agama seperti kamu..
tak bisa bicara cinta seperti kamu..
tak bisa bicara ekonomi seperti kamu..
tak bisa bicara politik seperti kamu..


uhukkk!
>.<




:)


bosan.
*tampar diri sendiri*



#kbai koranggg! 

Saturday, January 19, 2013

Kenapa aku tak sedia nak kahwin lagi.




kemainnn!
tajuk entry gayanye mcm dh ada beriban orang laki masuk meminang aku,
tapi aku tolak semua sbb tak ready lgi..gtuuu~ nan hado! kahkah >,<

tapi betul lah,
aku setuju sgt ngn apa yang dipesan oleh #UAI tu.
aku percaya sgt yg air tgn isteri ialah pengikat kasih syg suami :)

tak kuasa u'ollss aku nak suruh suami aku hari2 merasa air tgn kedai mamak, 
tak memasal jatuh cinta ngn mamak. tidakkkk! 

so,
skrg tgh berjinak-jinak nak rajinkan diri untuk belajar memasak.
org perempuan tinggi mana pun belajar, kena pandai masuk dapur jugak.
paham diri sndiri? :P



#kbai 




*entry pemanasan setelah lama tak update blog. hewheww 
rinduuu! :)

Tuesday, January 1, 2013

2013.






SELAMAT TAHUN BARU 2013
untuk anda, anda, anda dan juga anda :)


         


azam saya untuk tahun 2013 ini ialah untuk menjadi lebih comel.
comel luar dan dalam :D
Insha Allah.



#kbai koranggg
selamat menghadapi tahun baru dengan penuh kecomelan!


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...