Wednesday, May 29, 2013

Kehidupan.


Kesenangan yang datang tak akan selamanya
Begitulah selepas susah ada kesenangan
Seperti selepas malam datangnya siang
Oleh itu waktu senang jangan lupa daratan

Gunakan kesempatan untuk kebaikan
Sebelum segalanya terlepas dari genggaman
Kelak menyesal nanti tak berkesudahan
Apa guna sesalan hanya menekan jiwa

Jangan difikir derita akan berpanjangan
Kelak akan membawa putus asa pada tuhan
Ingatlah biasanya kabus tak berpanjangan
Setelah kabus berlalu pasti cerah kembali


Ujian adalah tarbiyah dari Allah
Apakah kita kan sabar ataupun sebaliknya
Kesenangan yang datang selepas kesusahan
Semuanya adalah nikmat dari tuhan


:)
jgn lupa senyum, senyum tu kan sedekah.
sedekah dapat pahala, tahu? Insya Allah.


:)



Friday, May 17, 2013

Gegurl! jom try check-list cepat!


Kepada kamu yang bergelar gadis, tahukah kamu bagaimana caranya untuk mengetahui seseorang jejaka itu sedang jatuh cinta pada kamu atau tidak?

Berikut ini adalah 10 ciri-ciri lelaki yang sedang jatuh cinta dengan kamu..:

1. Memberikan lebih perhatian.
Si jejaka akan memberikan perhatian yang lebih terhadap kamu berbanding orang-orang lain. Biasanya, rakan-rakan kamu akan lebih terasa situasi ini daripada kamu sendiri. Misalnya, di saat kamu sedang menggigil kedinginan ketika cuaca sedang sejuk, dia akan menjadi orang pertama yang menawarkan jaketnya untuk kamu. Di saat kamu sedang sakit, dia akan menjadi orang pertama yang menawarkan bantuan atau membelikan kamu makanan.

2. Meluangkan masa untuk kamu.
Si jejaka yang mencintai kamu selalu ingin sentiasa berada dekat dengan kamu. Hal ini akan jelas terlihat, apatah lagi kalau dia sanggup meluangkan waktunya untuk sesuatu yang dia sebenarnya tidak suka lakukan. Padahal kamu tahu yang dia sebenarnya tidak suka membeli-belah, tapi dia tetap meluangkan waktunya untuk menemani kamu untuk berbelanja di pusat membeli-belah misalnya.

3.Menerima kamu apa adanya.
Lelaki yang mencintai kamu selalunya menerima kamu seadanya. Tak kisah lah kamu gemuk ke, berbau ke, ataupun tidak cantik di mata orang ke, dia masih menerima kamu dan tidak menyuarakan apa-apa tantang kamu untuk merubahnya. Bagi dia, itulah keunikan kamu.

4.Lebih romantis terhadap kamu.
Orang yang sedang jatuh cinta sama kamu, dia pasti akan lebih romantis bersama kamu. Contohnya, dia mungkin akan mengirimkan sms seperti “Selamat pagi”, “Selamat malam”, “Selamat tidur”.

5. Ingin mengetahui segalanya tentang kamu setiap saat.
Si lelaki ini selalu saja ingin mengetahui kegiatan kamu seharian. “Macam mana hari ni kat kolej?” atau mungkin “Ada aktiviti apa nanti?” Semuanya itu adalah hal-hal yang dia ingin tahu tentang kamu, kegiatan kamu sepanjang hari, mahupun untuk aktiviti yang akan kamu lakukan.

6.Selalu mengingati hal-hal kecil tentang kamu.
Lelaki yang mencintai kamu selalu mengingat setiap kata-kata yang kamu ucapkan bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengatakannya kepada dia. Tapi dia akan ingat akan hal-hal kecil yang kamu katakan mahupun lakukan.

7. Selalu menganggap kamu adalah satu-satunya wanita yang hanya untuknya.
Lelaki tidak akan mendekati perempuan lain jikalau dia sedang jatuh cinta terhadap kamu. Lelaki yang melirik perempuan lain tidak mungkin sedang jatuh cinta, lelaki itu sebenarnya keliru. Setiap kali dia ingin keluar makan, dia selalu menelefon kamu, mengajak kamu. SMS dari kamu selalu dia akan simpan dan akan memadam sebarang SMS dari orang lain jika inbox dia sudah penuh.

8. Tidak akan mudah menjanjikan sesuatu kepada kamu.
Lelaki yang mencintai kamu tidak akan mudah untuk membuat janji. Dia akan lebih hati-hati untuk menyiapkan semuanya untuk kamu. Jika dia tidak yakin akan sesuatu, dia tidak akan begitu mudah untuk menjanjikannya. Bukan kerana dia adalah lelaki yang tidak boleh dipercayai, tapi dia ingin kamu mempercayainya. Dia sedang berhati-hati supaya tidak mengecewakan kamu.

9. Tidak akan mahu menyusahkan kamu.
Kamu sedang memerlukan sesuatu, dia akan selalu menawarkan bantuan untuk kamu tanpa kamu minta. Dan jika kamu sedang di dalam kesusahan, dia akan mencari jalan untuk meringankan beban kamu. Dia akan menyuruh kamu supaya tidak merisaukan apapun kerana dia telah memikirkan penyelesaiannya untuk kamu.

10.Tidak punya alasan untuk mencintaimu
“Kenapa kamu sayang aku?” Lelaki yang mencintaimu tidak akan begitu mudah menjawab persoalan mengapa dia mencintai kamu. Cinta itu bagaikan sesuatu yang tidak dapat dijelaskan dengan kata-kata tetapi hanya dapat dirasakan. Kalau dia mengatakan “Kerana kamu cantik!” Wah, senangnya.. Jangan percaya kalau dia mengatakan hal-hal yang remeh sebegitu. Berhati-hatilah.



#cam beselah, malas nak up entry. penyakit M bermaharajalela.
huaaaah! :P
tapi artikel ni sgttt menarik tuk dikongsi kan :)





#kbai
semoga terus bercomel-comelan okeh!
jgn pikior nak hasben comel jer,
tak comel takpe, bole tutup lampu. #Eh
:D

Friday, May 10, 2013

Kerja 2nd tak excited mcm kerja 1st ke?


Assalamualaikum 

#Eh belog ni wujud lagi lah! Alhamdulillah :D


Ya Allah, lama nye lama nyee lama nyeee!
lama nyeee tak hupdate belog >.<
mesti korang2 tak tau kan, yg aku dah kawen skrg. ehemmm.
ok, tipu. *lempang diri sendiri. hahaha



sebenarnya kan,
aku nak luah sesuatu benda kat sini,
yg aku tak berapa nak ngam, tak berapa nak masuk, n tak berapa nak suka
dgn keje skrg :(
ye, aku dah tukar keje lain.
setelah bertahan 6bulan di keje lama dulu. 

kenapa aku rasa tak ngam dgn keje skrg?
maybe sbb keje skrg tak serileks keje dulu.
haha bole gitu? ngengadee kan aku!
keje bru  masuk sebulan, tp I iz stresss u know!
kengkawan kt fesbuk aku mesti tau sbb status aku mmg yg stress2 jer.

company yg aku keje skrg ni ada 2org bos,
dorang bukak 3 companies berbeza,
n tiap2 companies tu ada plak branches.
mmg tak masuk akal lah kalu aku sorang yg wat akaun companies tu sume kan,
tp ada sorg pekerja bercuti bersalin,
so, time2 tgh bulan mmg waktu yg sgttt stress!
time tu lar semua benda nak dtg dalam 1masa. phewww
aku ni baru lagi, so nak biasakan diri dgn keadaan baru ni
agak stress lar kan! (v.v)m

minggu lepas plak bos baru gtau yg
HQ company akan ditukarkan ke branch 1 lagi,
n semua staff acct dept mesti lar kena pegi kat HQ kan,
HQ baru tu agak jauh dari HQ skrg.
yeee, bukan agak tp mmg jauh.
sbb ofis skrg aku pegi jalan kaki jer.
nti HQ baru kt pasir mas, gile engko nak jln kaki!
sblm subuh dh kena turun, sampai2 lencun mandi peloh. no no no! -.-

keje ke-2 ni mmg tak se eksaited keje pertama. betul tak?
tak kottt. haha
eksaited jugak sbb keje 1st ngn 2nd ni lain.
so, aku sdg menimba pengalaman kerja yang baru. ^_^
moga Allah permudahkan kerja kita. orite?
*gimme 5*

ok, tu jelah aku nak membebel.
huarghhhh! *menggeliat*
tak cukup rehat, dlu cuti 2hari, skrg sehari jer.
pfffttttt!





betapa lalai nya aku dgn duniawi,
sampai tak sedo dh masuk bulan rejab. uhukkk

cant wait to see u Ramadhan.
Insya Allah. aminnn :')



#kbai koranggg!
sila rindu aku. *tetiba*

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...