Monday, April 7, 2014

Gambang Waterpark. Seronok ke?


Assalamualaikum & salam sejahtera u'olls! :)

hari yg suram..hari yg kurang bersemangat..hari yg kurang berkhasiat..
jadi..ayuh kita up 1 entry jap! hewhew

nak share ler sket kan,
kami 1family pegi main air kat gambang waterpark itu hari,
perancangan yg scr tiba2 sgt dari umi sbb cuti sklh kan,
pergi pom dlm masa 24jam jer, tido atas kete jer,
11malam hari rabu bertolak, 11malam hari khamis sampai rumah,
sampai2 umah rasa jetlag giler weh! haha tp seronok beronok-ronok :)

tugu peringatan gambang waterpark
punya lah susah nak snap pic kat tugu ni,
asyik ada org jer, last2 luckily masa nak balik tuh tgk mcm takde org,
terus g duduk 4bradik kat situ, suh abah snap kan. kiki


 kitaorg pegi time cuti sklh hari tu,
jadi punyalah ramai umat manusia!
kitaorg antara org terawal sampai, tmpt tu pom xbukak lg, haha

tgk apa umi aku bawak tu, tikar terbang! kiki
kpd sesape yg nak jimat duit taknak sewa cabana tuh,
boleh lah bawak tikar ni mcm kami, hihi



aku tak kaji plak keluasan gambang waterpark ni,
aku tgk macam takde tempat lain jer nak lepak,
jadi family aku decide duk lepak kt coco beach ni jer,
mmg feeling mcm duk pantai sgt, ada pokok kelapa, ada ombak,
just air jer tak masin, tapi manis. ok tipu.
and time ni sgt panas, muka pom jd sunburn. pdhl 4,5jam jer duk kat situ. haha


haaa..tak kiralah korang dtg sini berapa ramai,
tp korang kena sewa pelampung ni,
sbb mana best main air tak guna pelampung, haha
sewa pelampung ni 16 hinggit, 6 hinggit deposit.
kitaorg 4beradik share jer main 1pelampung. hihi


tulis jer journey of ice, tp tak sejuk pn :(

 ni nama dia permainan air longkang, haha
air longkang bersih, putih jernih tuh, haha
dia main keliling2 jer, tp jenuh gak r nk sampai 1keliling tuh,
aku siap suh budak2 sklh tlg tolakkan pelampung aku,
lmbt sgt nak sampai, dh r time tu panas giler time tu.

gambar curik kat google
betul ke ni gambar kt gambang waterpark ea?
aku tengok takde pun tempat cenggini kat sana, haha
abg aku ckp tmpt ni tgh renovate. tp harga sama jer. blerghh!
dia ada jugak gelongsor putar2 yg satu lagi,
nak naik kt sana punyalah tinggi, semput aku!
rasa mcm panjat batu caves pun ada. (mcm lah penah naik batu caves. -.-)
tp best weh! aku teruja lah sket sbb 1st time main benda ni. hihi
makin berat tampungan pelampung tu, makin laju pelampung tu akan terlampung2 di air,
jd naik lah dgn org berat mcm aku. haha -.-



haaa..aku sgt tak puas hati dgn loker dia!
sempit sgt kot! nak letak beg baju pom tak muat, phewww
muat letak beg tgn 2,3 biji jer..tu pom yg kecik2 jer. grrrr
dh r kena sewa 20 hinggit, 10 hinggit deposit.

father and mother :)
mother and father is chilling at coco beach, under pokok kelapak! haha
mother and father aku taknak main air, jd dorang lah kena jaga beg2.
father siap tetido lagi. untung bwk tikar terbang sendiri. :D



gelang kt tangan sape yg beli tiket tu jgn buang lagi,
time dah keluar tu jgn lupa refund duit korang balik!
sbb kat dlm nak sewa apa-apa, dorang tak guna cash dah.
kita kena guna duit yg kita bayar memula tu jer,
then dia akan scan kat gelang tangan ketua kumpulan.

ok lah tu jelah serba sedikit, penting tak penting aku kongsi pasal gambang waterpark.
bagi sesiapa yg mmg minat main air, mmg boleh pegi tmpt ni. hihi

aku nak pegi lagi jugak, tp taknak pegi dah time cuti sklh.
bergelewak dgn ore ramai jah dlm air. haha


ok bye :)

2 comments:

Scha Nazri said...

Takdelah best mana gambang ni. sunway lagi best kot. hehe

diana said...

kalau ramai sangt tak best la..nak pergi kena pergi musim tak cuti..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...