Halaman Tambahan :)

Saturday, February 12, 2011

Tak Apa, Orang Lain kan Ada...


Ketika berada di dalam dewan kuliah, seorang rakan anda tidak dapat menjawab soalan yang dikemukakan oleh pensyarah. Rakan itu berdiri termangu-mangu disebabkan tidak pasti dengan apa yang perlu dijawabnya. Pensyarah membuka laluan untuk pelajar-pelajar yang lain bagi membantu menjawab.    
Percaya atau tidak, waktu-waktu sebegini, kebanyakan pelajar yang berada dalam dewan tersebut masih teragak-agak sama ada untuk bangun memberikan jawapan atau tidak.
"Eh, betul ke ni jawapan aku ni? Buatnya aku bangun jawab, salah, tak ke malu aku nanti."
"Takpelah, nanti ada la orang bangun jawabkan."
Lepas Tangan
Anda pasti pernah mendengar atau membaca kisah Raja yang meminta rakyatnya memberikan madu sedikit seorang untuk dikumpulkan dalam tempayan besar di istana. Namun salah seorang rakyat mula berfikiran sebegini,
"Takpelah, aku seorang je yang letak air, orang lain mesti letak madu punya."
Apa yang terjadi kemudiannya? Tempayan besar itu dipenuhi AIR, bukannya MADU!
Dalam teori psikologi, terdapat satu istilah yang dinamakan Genovese syndrome, berkait rapat dengan situasi dan kisah di atas.
Genovese Syndrome
Sindrom Genovese adalah satu fenomena di mana seseorang itu mengambil keputusan untuk tidak melibatkan diri atau memberikan bantuan dalam keadaan yang penting dan genting, dengan wujudnya bilangan orang yang ramai.
Ringkasnya, keadaan ini sama dengan peribahasa Melayu, lepas tangan.
Apakah bahayanya sindrom ini dalam masyarakat kita?
Belajar tidak aktif, bekerja tidak produktif, malahan berbincang atau bercakap pun sangat pasif!
Rata-rata umat kita 'menghidap' sindrom ini, sama ada sedar mahupun tidak. Apa tidaknya, mengambil bahagian dalam perbincangan tak mahu, bertanya soalan kepada pensyarah tak mahu, mengatakan sesuatu yang hak dan benar pun tak mahu! Alahai, jika begini, usahlah berkata mahu tolong saudara-saudara di Palestin, sebab semuanya itu hanyalah hasrat murni di dalam hati, takkan terjadi.
Buangkan sifat "tak apa, orang lain kan ada..."
Mahukah kita terus menjadi umat yang mundur, sering direndah-rendahkan oleh umat lain?
Puncanya? Tanya diri sendiri.


terbaca dlm ILUVISLAM tadi, terdetik plak nak share. :)
renung-renungkan dan selamat beramal. chewahhh! =PP
* rasa terpelempang jugak kat muka nie tadi, ada lar keterasaan sket2. haha! *

" tak apa, orang lain kan ada... "

bye - bye. =)



27 comments:

  1. thanx share..baru tau sal Sindrom Genovese..huhu

    pape pn..suka blog comel ni..haha

    ReplyDelete
  2. rasenye lebih baik salah dulu..dapat jawapan,keluar periksa senang lenang je jawab

    ReplyDelete
  3. mcm penah jadik kat diri sendiri je. huhuhu

    ReplyDelete
  4. hehe...i pom ade gak la sikap tu... ;p ... diri seniri la yg kne ubahkan...org laen xleh ubah kite...

    ReplyDelete
  5. terkena kat diri sendiri..hehe kadang2 ade gak perngai camtu..haishh,,kena buang nih ..

    ReplyDelete
  6. hehehe.. btol! org kita slalu tunggu org lain yg mulakan dulu, baru kita nk ikut serta..
    takot nak starting!

    ReplyDelete
  7. takpe..orang lain kan ada..huk2
    selalu buat kot..=(

    ReplyDelete
  8. tag comel ye : http://dillanur.blogspot.com/2011/02/pencarian-10-blog-tercantik-pilihan.html

    ReplyDelete
  9. saya sangat setuju dengan kisah di atas! waktu perhimpunan di sekolah dulu , cikgu saya pun ada bagi ucapaan yang orang kita suka mengamalkan budaya "TAK APA"..

    tak boleh la macam tu. at least kita try.

    ReplyDelete
  10. yup!!

    sokong.. aku pon style nie juga.. jawab slow2 jer.. hahhaa..

    ReplyDelete
  11. aha sangat terasa..harap gerrard aktif soal jawab dlm kelas pasni..thanks

    Kentut adalah saat paling melegakan

    ReplyDelete
  12. good_boy; terdetik nk share td,
    sbb rmai kot sindrome mcm nie. kui3x =PP

    wahhh! tQ2, =')

    ReplyDelete
  13. Ahmad Garis; btoi3, kdg2 soalan tu msuk exm kn,
    mana taw, huhuu

    ReplyDelete
  14. cik azeya; adeh, yeke?? same here lh! hehee =PP

    ReplyDelete
  15. Dilla; taw xpe,
    diri sndiri kne b'gerak dlu, bru leh grak kan org lain. ^^

    ReplyDelete
  16. tomato; aah, rmai kot de sikap cmnie, hehe
    tak pe, buang slow2 er,
    nti rmai lar ikut, ^^

    ReplyDelete
  17. Solihin; haha! taw xpe,
    nk tggu org start tu yg susah kn,
    jdi lmbt. heehe

    ReplyDelete
  18. budak minyak; hehee
    alaaa, pas nie cuba jgn wat. try2~~ ^^

    ReplyDelete
  19. fatynadia; yup2.
    da slalu kot cikgu2 kita tgur, tp masih rmai amek mudah. adeh!
    aah, kne try, slh blkg kira kn? ^^

    ReplyDelete
  20. SyahmiFikri; yeahh! de org mengaku dh. haha!
    pasnie ko jwb laju2 er. yah bgi kt org lain dlu, XD

    ReplyDelete
  21. Wan Gerrard; yes! tu dia yg kita mau,
    try taw! aktif kn dirimu~~ ^^

    ReplyDelete
  22. huh...da jugak ek nma sindrom ni..bru tawla..nice ah..

    ReplyDelete
  23. iniialahaku; tu r psl,
    mcm2 sindrom ada kn, hehe!

    ReplyDelete
  24. so kalo semua ada Genovese Syndrome..maka output nyer pn teruk..

    ReplyDelete

sapa komen dia comel. xD

terima kasih, sila dtg lagi.