Halaman Tambahan :)

Wednesday, March 2, 2011

"Cuba teka, berapa berat gelas ini?"


Suatu pagi, seorang guru berdiri di hadapan kelas
 sambil mengangkat segelas air. Dia bertanya kepada murid-muridnya;
 "Cuba kamu teka, berapa berat gelas ini?"


Jawab murid yang duduk di hadapan kelas: "50 gram, cikgu!"



Guru tersebut tersenyum. "Yang lain?" sooalnya.



"Saya rasa mungkin 100 gram," jawab seorang pelajar perempuan.



Bangun pula seorang pelajar lelaki di tengah-tengah kelas,
 "Jawapannyan mesti antara 50 hingga 500 gram."



Siapakah yang berjaya memberi jawapan yang betul? 
Adakah berat gelas itu 
200 gram? 300 gram? 410 gram? atau 100 gram?



Jawab gurunya, "Jawapan kamu mungkin betul dan mungkin juga salah!"



Sebenarnya, berat segelas air ini tidak begitu penting sebab ianya bergantung
 kepada berapa lama kamu memegangnya.



"Jika kamu pegang gelas ini satu minit, tak jadi masalah. Kalau satu jam, 
tangan kamu akan sakit. Sehari! Kamu perlu diusung ke ambulans." 
Ketawa murid-muridnya mendengar kata- kata guru itu.



Sambung guru tersebut; "Murid-murid sekalian... 
berat segelas air ini takkan berubah tapi semakin lama kamu memegangnya,
 ia akan menjadi semakin berat.
Apa yang patut kamu lakukan ialah letakkan gelas itu ke bawah, 
rehat beberapa minit dan sambungnya kembali."



"Begitu juga dengan kehidupan seharian kita.
 Jika kita ada masalah, selesaikannya secepat mungkin. 
Kalau kita masih gagal menyelesaikannya, rehat sebentar. 
Lupakan masalah itu untuk seketika.



"Jangan terlalu memikirkannya kerana ia akan menyebabkan fikiran kita
 tidak tenang dan terganggu.
Ketenangan amat penting sebelum kita memikirkan 
masalah itu kembali."





tarik nafas dalam - dalam, hembus comel - comel,
pastu tenyum tikit. 
alolOo, comey nyeee~~ (^^)


bye - bye. =)

25 comments:

  1. xnak cakap bayak2.. like like like..hehe..

    ReplyDelete
  2. ye mslh nye skg byk keje!
    huhu :(
    xleh nk update blog.
    isnin plak ade test.
    aiyoo

    ReplyDelete
  3. yeah...
    nice peringatan ye comel..

    nak rehat drpd masalah jap..huhu

    ReplyDelete
  4. yeahh bagus entry nieee
    dah lah tgh byk masalah niee
    hehehehhehe :D

    ReplyDelete
  5. AAA; alolOo, cian uncle ku soram neyh! ;pp
    xpe, work come 1st oke, chayok2! ^^

    ReplyDelete
  6. SCC; gud gurl!
    brehat sbntr bersama kitkat. XD

    ReplyDelete
  7. syera; hehe!
    tke ur time oke dear. ^^

    ReplyDelete
  8. ini penyelesaian terbaik bagi orang yang always tention :D

    ReplyDelete
  9. hehhe nice entry... ada btlnya...:)

    ReplyDelete
  10. uit anak sedara...tolong amek masalah i nak?? hahak...

    ReplyDelete
  11. masalahnye..waktu tengah bermasalah tengah kepala serabut mmg payah untuk berhenti sebentar.. mmg kalu tertido jerla..

    ReplyDelete
  12. i likeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee

    ReplyDelete
  13. mencari ketenangan disini..huhu

    ReplyDelete
  14. tak sangka i punya awek yang comel pun pandai tulis2 mcm ni... kagum tu...

    ReplyDelete
  15. hehe yup! jom jalan2 untuk hilangkan stress :)

    ReplyDelete
  16. agreed with u..suke sgt dgn nukilan ini :)

    ReplyDelete
  17. sapa komen dy comel??
    jap nk pasan comel jap....
    huahuahua.....
    hyep3....
    so inspiring la this post...i really likkkkkkkkkeeeeee!!!!!!!!!!!
    thanks.......

    ReplyDelete
  18. yeahhhh tenang itu penting.....



    terbaekkkkkkk

    ReplyDelete

sapa komen dia comel. xD

terima kasih, sila dtg lagi.