Sunday, March 30, 2014

Rojak Mengamuk di Taman Gelora, Kuantan.


Assalamualaikum & salam sejahtera! :)

malam rabu hari tu kami 1 family pergi bukit gambang waterpark. weeehuuu!
tapi sekarang aku bukan nk citer pasal gambang lagi, haha
watlek watpeace..amek mood dulu, kiki
aku nak citer pasal kitaorg g makan rojak kat taman gelora.
aku tak sure plak taman gelora ni kat kuantan ke gambang, kahkah
rasanya kat kuantan kan, sbb dia bersebelahan dgn telok chempedak,
haaa..telok chempedak cun giler kot. tp kitaorg sempat lalu jer,
tak sempat singgah pun sbb time tu parking penuh n panas giler yg ampunnn!

nama kedai rojak tu kedai pak su ke hape haa,
lupa lagi! huahua -.-
abang aku yg suggest tmpt ni, dia ckp dia penah dtg dgn kawan dia sblm ni,
kat kedai dia ada macam2 rojak,
rojak ayam,
rojak udang,
rojak ketam,
rojak ikan,
rojak paru,
rojak perot,
dan yg plg spesel rojak mengamok, rojak mengamok ni rojak hasil
campuran semua rojak, dari atas ke bawah,

ni rojak ayam

aku, abang n adik bongsu amek rojak ayam,
rojak ayam ni RM5.50 if tak lupa lagi, huahua
tp bagi aku kalau tambah mee lg sedap,
tp rojak dia besar2 kot, sepinggan ni pom dh kenyang giler,
tp ayam seketul jer dia letak, phewww

 haaa..korang jgn tak tau,
air kat kedai dia ni semua beso beso punyee,
time tu kat pantai tu panas giler,
so, mmg puas hati lah aku dapat gelas beso cenggini! hihi


ni lah yg aku bagitau tadi,
rojak mengamok!
mmg mengamok giler weh, siyesly. haha
family aku plak g order 2pinggan rojak mengamok ni,
habis org depan belakang duk jeling2 kt kitaorg,
segan pom ada, haha
tp umi aku ckp, xpela bkn senang nak dtg sini lagi, makan jelaa..kiki
rojak mengamok ni RM28.00 sepinggan u'olls!
ikan sekor, udang beso 3 ekor, ketam sekor, dan ditmbh dgn macam lauk lagi.


kitaorg tak habis makan tepung rojak tu jer,
lauk-lauk dalam rojak tu semua setel,
jalan tepi pantai lepas tu sambil gosok perot jer. haha

total damage is RM89.00
umi bayar. sekali sekala datang kan umi. :P

sesape yg jejarang dtg jenjalan kat kuantan,
blh lar nak pergi try makan rojak kat kedai ni,
kat kedai sebelah dia jual nasi ayam. pom nmpk sedap jer.


   
next entry! (yg tak tau lagi bila) haha

k bye!

Wednesday, March 26, 2014

Koleksi gambar makanan bulan ini. #SakitMental


Assalamualaikum dan salam sejahtera bloggers bloggies! :)

macam nak update, tp macam malas plak, haha
so, kita update blog secara random jelah kn, gtuuu...
baru perasan byk gambar mknn dlm enset aku weh,
biase nye aku share instagram..
hari ni rajin nk tepek kt blog-ku-sayang plak. kiki


chicken chop kat pasir pekan.
sedappp! 7/10 aku bagi. 
sbb ayam besar, sayur byk. yeayyy!


golden wrap kfc. haha
ni aku makan kt kfc stadium kb.
5/10 jer..tak rasa sgt rempah dia. :(

takoyaki kat kbmall.
ononommm! aku suka giler mkn takoyaki, xtau nape..
*telan ailio tgk gambo ni*


homemade spaghetti bolognese.
yg cucuk hotdog kt spaghetti tu saje jer nk bg lain sket..hihi
gigih tahu cucuk satu satu. *lap peluh* >.<


homemade maggi ketam.
ni abang aku nak makan, dia ajak pegi mkn kat bachok.
umi ckp xyah, suh abah beli ketam, nati umi buat jer. kiki
tp bila campur udang dgn ketam jd manisss sgt! phewww


ok, tu jelah koleksi gambar makanan aku bulan ni. haha
lapo weh tgk gambar ni, jom lunch!


k bye. :)


Saturday, March 22, 2014

Melukis; keinginan tinggal keinginan.


Assalamualaikum & salam sejahtera! :)

dulu kan..
aku suka melukis,
even aku tak pandai melukis. haha
tangan aku mmg tak pandai melukis, orang tua kelate kato, "takdop patak siput"

masa form 5, aku ada amek subjek lukisan seni visual untuk SPM,
time tu aku amek subjek tu bkn sbb aku ni pandai melukis ke apa,
tp sbb nak tmbh subjek, mcm backup plan lah,
sbb time tu aku tak minat akaun,
jd kalu tak skor subjek akaun, at least ada subjek lukisan ni,
kenkonon boleh jd interior designer lar kekdah nya, -.-
aku dapat A2 tau u'oll lukisan seni visual ni. haha
aku pom tak tau lah camno aku blh dpt A2, zzzz!
tp mungkin disebabkan kerja kursus, sbb kerja kursus aku wat batik,
n 80% dibantu oleh cikgu seni dan kengkawan aku.
haruslah jadi cantik dan kebaboomm sgt! kiki


 hensem mcm watak dlm komik jepun kan?
aihhh, jatuh cinta dgn kartun. huahua :')


ohsemm kan?
aku selalu impikan aku dpt lukis mcm kat atas ni,
mcm lukis jejaka idaman lar, haha
dah cuba lukis, tak jd mcm org, jd mcm ayam :(
bakat lukisan aku yg digilap sikit2 dulu dah kelaut, sobbb

aku selalu jeles tgk org melukis cantik-cantik,
tak jeles sgt lar, tp lebih kearah kagum, terpesona,
kagum dgn anugerah yg Allah bg kat dia.
anugerah yg tak semua orang blh dpt kan..

bakat aku?
entah apa bakat yg aku ada,
bakat makan banyak blh kot. haha


watlek watpeace!
bersyukur dgn apa yg Allah dah bagi kat kita :)


k, bye.

Tuesday, March 18, 2014

Pembatalan Polisi Tokio Marine Life Insurance; satisfied.


Assalamualaikum!

kemain panjang ler pulop tajuk entry aku kali ni,
bajet macam entry SEO ler kan, kiki

hari tu, pihak RHB bank dan pihak tokio marine dtg kat ofis aku nak promote produk terbaru dorang ni ler,
produk terbaru tokio marine kali ni bkn kpd life insurance,
tp dia mcm saving, aku tak ingat plak nama plan tu apa, Elite SuperSaver ke hape,
tp singkatan dia pggl ESV..
plan dia mcm ko kne wat simpanan tetap dlm 100 ke,200 ke,
setiap 3tahun ko akan dapat dividen dia, makin muda makin byk lah dividen ko dpt..
haaa..begitulah kekdah nya..
aku ni mmg insan yg mudah terpengaruh..haha
tak pikir pnjg, terus fotostat slip gaji n ic bg kat ejen dia..brrr

tp balik duk pikir punya pikir..
aku rasa mcm taknak amek plak,
sbb aku dah amek pinjaman pelaburan asb yg jugak dah ada insurance skali,
jadi dgn tidak rasa bersalah dan tidak berat hati,
aku nak batalkan polisi dgn tokio marine life..huhu

malas nak col ejen dia kat rhb,
jadi aku amek jalan mudah cari sendiri,
memula silap g email kat tokio marine insurance kete, haha
tp mujurlah abg tu tlg forwardkan email aku ke company kakak dia, tokio marine life insurance, kiki

email jer kat customercare@tokiomarinelife.com.my
dia akan gtau lah kt kita mcm mana cara nak batalkan polisi tu,
dia akan bagi surat pembatalan polisi (jd kita takyah susah2 nak taip surat sendiri)
jd kita kena poskan balik surat pembatalan tu dgn 1salinan IC dan buku polisi tu kat dorang.

buku sekolah menengah. kahkah *tetiba sgt

sesiapa yg amek insurans apa2, walau dgn sykt apa sekalipun,
seeloknya simpanlah polisi ini dgn sebaiknya, sbb nanti senang nak rujuk apa2 kes dimasa hadapan :)

dalam beberapa hari dah masuk minggu, aku email dorang balik untuk kepastian,


maka terbatallah sudah polisi daku bersama tokio marine life. :)
kena buat kepastian weh, takut2 tetiba duit aku kena tolak plak dlm bank. haha

nak dijadikan, yg sesungguhnya,
aku tak tahu pun yg duit RM100 deposit tu blh di refund,
mati tak mati aku ingat duit deposit tu burn mcm tu jer,
nasib baiklah ada ahkak ofis aku kebetulan col ejen kt rhb tanya psl polisi dia,
aku pom terus email customercare tu plak nak tau pasal deposit aku,haha
dan seharusnya lah blh di refund kan,

   
yeayyy! blh makan sushi king kt kbmol! :P
aku puas hati lah dengan pihak Tokio Marine Life Insurance ni,
sbb aku berhubung melalui email jer sepenuhnya, and it's already settle! (setakat ni lah. haha)
mcm ni lah wat kerja kann..hewhew


#aku tak paham lagi apa itu insurans sbnrnya, tgh duk kaji nieh! seriously. >,<



k, bye.

Saturday, March 15, 2014

Kisah Sang Crush.


Assalamualaikum!



aku pernah ada someone yang ter crush kan time blaja dip dulu, kiki :)

crush ke? entah lah.
tapi yg pasti aku suka tgk dia,
dpt berckp dgn dia septh pun dah mcm..its made my day! haha
lagi2 kalau dpt berbual dgn dia kan..happy setahun! *ok tipu*

tapi aku ni kan macho,
mana blh tunjuk yg aku suka dia,
layan dia mcm kawan2 lelaki yg lain jugak,
takde nak gedik2 depan dia, hntr bunga, bg hadiah bagai..ko pehal! haha

tapi kwn2 kelas aku yg rapat dgn aku mesti tau sap jejaka yg bertuah itu.
kahkah

hari tu (dah lama kot) aku terserempak dgn dia kat pasar malam,
dia yg tegur aku,
time tu kitaorg dh habis blaja, dh lama tak jumpa,
lpas berckp dgn dia tu terus tak tau nak beli apa dah,
terus kenyang,
terus sengih memanjang sampai umah,
terus gtau kawan aku betapa happy aku terserempak dgn dia,
kemainnnn! haha

samalah kalau dpt chat dgn dia dlm fb,
mesti mulut ni tak lekang senyum haa, kiki
happy mcm dunia ini ana yg punyaaa! kahkah
ofcoz lah kalau chat dia yg stat, aku ni pemalu. :'>



sekarang dh lama giler tak jumpa dia,
tak chat dgn dia,
tahu perkembangan pun tgk dlm fb jelaa, sobsss

he's nice guy!
to me, he's so cute! hiksss

crush or not,
kalau dia dah ada bini ke, makwe ke..
aku tak berniat lar nak rampas kan..kau giler! haha

tapi doakanlah jodoh aku dgn dia ye..
mana nak tau kannn! dedua single lagik. hahaha
aminnn :P


k bye.


#PrayForMH370

Wednesday, March 12, 2014

First attempt try Dominos Pizza.


Assalamualaikum,

seperti yang korang tahu ke, tak tahu ke..
korang kena tahu jugak,
yang dominos pizza dah ada kt kelantan.
yeayyy! *clap clapp*

bukan dominos jer,
tapi sushi king, seoul garden pun dah ada kat kelate. *lompat bintang*
style restaurant yg femes amos ni lar haaa!
sape kata kelate ketinggalan lagi mmg nak kena lempang. haha

jadi sudah menjadi perkara biasalah kan,
orang pulau baru naik darat macam aku ni yang tak pernah makan dominos
so nak mencubainya pun, kiki

call dominos ingt nk suh deliver depan pintu rumah,
but too bad, dorang tak hantar kt kwsn rumah aku,
rasanya aku tak duk dlm kwsn hutan pun, zzzz!
jadi paksa pujuklah adik aku pegi beli.


ni adik aku beli promosi 2regular pizza for RM30 only.

tengoklah topping pizza yg kiri tuh,
ntah kemana dah, tak nmpk rupa topping dh haa! haha
laju mana lah adik aku bawak moto ni. brrr

pizza dia not bad lah,
tp roti dia nipis hoiii!
abg aku cakap dominos kan dari oversea,
org omputih mmg makan pizza yg nipis.
ntah ye ke idok xtau lar.
aku redho jelah, makan tetap makan. huahua

pasni nak try side dishes dia plak,
aku tgk dlm laman web dia banyak side dishes.
nyummm!

THIS IS KOTA BHARU! *tetiba*


k bye.

#PrayForMH370 :')

Sunday, March 9, 2014

#PrayForMH370


Assalamualaikum,





its break my heart. :(


betul lah,
kapal terbang terbaik,
juruterbang berpengalaman,
tapi bila kunfayakun..
maka kita sbg hambaNya kena redha dgn apa saja 
cubaan dan dugaan.
keep on praying.
 
 :')

Wednesday, March 5, 2014

Aku dan sebiji kereta.



ingat senang ke ada kete ni,

-nak kena basuh.
-nak kena servis.
-nak kena isi minyak.
-nak kena renew roadtax.
-nak kena pastikan di ok sblm bergerak.
-nak kena letak elok-elok.
-nak kena bawak. dia mana boleh terbawak diri dia sendiri. haha


aku bangun pagi nak pegi kerja, mesti duk pikior ke kete dulu,
tgk keadaan kete aku mcm mana, bersih ke tak,
kang kalau kotor giler, nanti org cakap aku ni anak dara pengotor plak.


tapi aku sayang kete ni,
aku anggap ni hadiah dari umi abah utk aku,
sbb downpayment abah bayarkan, bayar bulan still umi topupkan, hihi
Alhamdulillah, kalau tak gheti bersyukur lagi tak tau lar aku ni kan :')


aku berharap aku akan kekal bahagia dan selamat bersama kete ni
sampai ke hujung nyawa. hujung nyawa kete ni lah.


blerghhh! jiwang ngn kete. tak romantik lgsg.



ok bye.

Tuesday, March 4, 2014

Jodoh jadah.


Assalamualaikum.


Jodoh?

Apa ke jadah jodoh ni?

dulu kan time aku form 3, aku penah perli sir math yg umo 28tahun yg tak kawen lagi.
aku tertanya-tanya kenapa lar dia tak kawen lagi,
kenapa taknak kawen? memilih ke? tak cari ke? tak jumpa ke?

aku dulu mmg jahil sket.
selamba jer perli cikgu sendiri. haha zzz! -.-

tapi sekarang,
bila diri sendiri dh besar,
dah alami sendiri situasi itu,
dah byk belajar ilmu agama sket, *krik krikkk

ya, jawapan nya
jodoh lah.

dah mmg jodoh tu tak sampai lagi
even dia umo 40tahun,
sape kita nak pertikaikan,

mungkin dia dah berusaha mencari,
tapi tak jumpa yg sesuai, yg terbaik,

jodoh tu kan ditangan Allah.
macam ajal dan maut.
dah ditentukan di luh mahfuz dari kita ditiupkan roh lagi.

nak kawen..nak kawen..
tapi persediaan tu takde lagi,
mungkin sbb tu Allah tak ketemukan lagi kita dgn jodoh.

watlek wakpeace,
lepak lu, enjoy our single day lu! kiki


k bye :)