Saturday, May 17, 2014

Muhasabah diri.


Assalamualaikum dan salam sejahtera,
hai hati-hati yg sedih, kecewa dan duka,





kalau dikirakan..
banyak benda yang dipendam,
banyak benda yang nak diluahkan,
banyak benda yang tidak kepuasan hatikan,
banyak benda yang disuarakan,
banyak benda nak disesalkan,
banyak benda nak ditangisikan,

tapi..
aku pilih untuk diam,

sebab kadang2 bukan salah orang,
tapi salah hati aku sendiri,

bukan orang yg perlu dibetulkan,
tapi hati aku sendiri..


muhasabah diri...



:')


Wednesday, May 7, 2014

Kerna biawak, blog ku terus hidup.


Assalamualaikum & salam sejahtera,
hai ladies & gentlemen, penternak & penggemar biawak semua, kiki


keywords dari nuffnang :)

pageviews dari blogspot :)

entry pasal biawak ni mmg dapat hits yg sgt tinggi kat blog aku,
kalau kira, boleh masuk Lagenda Budak Comel books of record. kahkah

mesti ramai nak tahu petanda apa bila biawak masuk dalam rumah korang kan,
tak kira lah petanda baik ke buruk,

seingat aku,
takde apa2 pun yang berlaku lepas biawak tu masuk rumah aku,
takde plak jejaka masuk meminang aku ke hape, dpt seguni duit tetiba depan rumah ke hape,
huahua

petanda-petanda ni biasanya turun temurun dari nenek moyang kita lg kan,
kalau buruk nak suruh kita berjaga-jaga,
kalau baik mungkin dah mmg rezeki kita..kan?


watlek watpeace!

jgn biarkan pintu rumah korang terbuka sesuka hati,
bukan setakat biawak, lembu pom akan masuk rumah kita. zzzzz!


k, bye :)


Tuesday, May 6, 2014

Meninjau restoran #BurgerByte di Bandar Baru Tunjong, Kelantan.


Assalamualaikum & salam sejahtera,
hai #penggemarburger #penternaklemak #dietkelaut semua, haha

sapa dah makan burgerbyte?
*gimme 5!* *makan burger pom nak kecoh* lalalaaa
hari tu aku tgk instagram zizan razak, ada pasal burgerbyte,
dia ke pengasas burgerbyte? ke dia just pengusaha yg buka francais burgerbyte?
sbb setahu aku burgerbyte kat kelantan bkn dia yg buka..kan.
aku pom tgk gambar2 yg ada hashtag #burgerbyte kt ig mmg perghhh!
terliur wehh..telan ailio tgk gambar. haha

then tup tup..burgerbyte dibuka kat kelantan.
*bersinar mata membaca berita itu* @.@



lokasi dia dekat bandar baru tunjong, jalan otw nak pegi nilam puri,
kedai dia lepas sket pada bank islam tunjong, sebelum sket pd jaafar rawas,
plg senang cari, dia blkg pada tapak nak buat pavilion tu lah,
haaa..ore2 kelate hok nk g cari lah deh! hihi
aku terpergi ni pom oleh kerna kawan aku yg ajak,
kalau tak, aku tak tau pom kat mana tmpt dia, haha



antara menu-menu yg tersedia kat burgerbyte,
harga dia standard belas2 ringgit, ok lah kan.




takde motif sangat aku amek gmbr kaunter ngn keluasan kedai ni,
tapi saja nak tunjuk jugak kan..tgk jelah! haha


excited gegurl amek gambar dgn burger masing-masing, huahua

kitaorang makan
1. spaghetti carbonara with beef
2. naked burger with vege
3. burger bacon
4. burger nanchos
5. burger apa ntah-tak-ingat. haha



aku makan ni, sbb aku penggemar spaghetti. 
tgk dalam instagram terliur sgt!
tapi...kat sini rasa kuah dia masin sgtt weh :(
tak tahulah apa resepi dia guna, hukkk
 to chef burgerbyte kelate pls upgrade ur spaghetti carbonara.
nasib baik ada daging kat atas tuh, sedappp!

aku try semua jenis burger yg kawan2 aku order,
paling sedap, burger nanchos tuh. nyummm!
kentang goreng dia pom ketul besar2, mmg kenyang weh makan sepinggan tuh.


abg waiter, tolong amek gambar kami. kiki :3

emm..self-timer lah pulak! haha


grilled with soul..lahhh sgttt! :P


ore2 kelate..sapo teringin nok make beger ko, makane western ko,
blh lah selekey g kedai burgerbyte neh!
aku harap kedai ni boleh terus survive. kwsn pom baru nak maju kot. :)

sedap ko tok sedap..
eat with ur own risk. kahkah

watlek watpeace!
tok kuruh doh kalu dok make mugo gini..lalalaaa


k,bye :)


Sunday, April 27, 2014

Jejaka & Gadis Part 1.


jejaka: eh awak, apa nama dia tu?

*merujuk kpd seorg perempuan yg sdg lalu, ofismate mereka*

gadis: rose (bukan nama sbnr) kenapa? nak ngorat ko?

jejaka: eh, ngorat apo bini ore tuh!

gadis: belum lagi lar..single lagi tuh.

jejaka: *senyum* *berlalu pergi*

gadis: *dalam hati* emmm..kau taknak mengorat aku ke? :(

krikk krikkk...


rule dia mcm ni,
kalau ada, ada lah..
kalau takde, pun takpe..
ramai lagi yg ada..
kan? lalalaa

watlek watpeace!

Allah dah tentukan yg terbaik,
yg penting usaha dan doa.


ok, bye :)

Thursday, April 24, 2014

JPN Kota Bharu buka hari jumaat, MyKad siap 2jam jer.


Assalamualaikum dan salam sejahtera,
pemegang dan pemilik mykad yang sah mahupun tidak sah sekalian,

hari tu pegi bank nak update buku asb,
so kena scan ic dulu,
tapi malangnya cip ic aku tak dpt dibaca sbb dh berkarat, brrr!
resah gelisah gak lah duk pikir bila masa nak g tukar mykad,
tiap hari aku kerja, kecuali jumaat sehari jer,

officemate aku pun bagitau lah yg jpn kota bharu bukak hari jumaat,
alaaa, jpn kat wisma persekutuan kota bharu tuh, sapo ore kelate mesti tau mano!
hoihh, aku tak penah tau pun! phewww

hari sabtu pom dia bukak, sampai pukul 2 kalau tak silap aku.

aku pegi ngn officemate minggu lepas,
hari jumaat kan, aku bajet 10 20org jer yg ada sbb kebykkn
orang kelantan mmg pergi pasar pagi jumaat, haha
aku sampai pukul 8.45, ingat wisma jpn kota bharu tu tak bukak lagi,
naik atas amek no., hambekk! dh 100org depan aku,
full house ok jpn wisma pagi tu, dh lar tmpt sempit, aircond plak takde!
berpeluh2 kak ton menunggu giliran dlm jpn tuh!

tp perjlnn dia cepat,
sbb kebanyakkan nak tukar mykad baru jer,
scan maklumat yg lama, amek gambar, setel!
aku tggu dalam sejam jer,
sejam berdiri ok, tak dpt duduk pom,nasib baik sejam jer,
kalu 5jam, mau tak dpt berjalan aku lepas tuh.

lepas settle amek gmbr,
dia akan cakap pukul berapa mykad kita kan siap,
yg aku hari tu, dlm masa sejam,
kul 10 siap amek gmbr, kul 11 aku blh amek mykad.

kejap jer kan?
lega kak ton dpt mykad baru dlm masa 2jam jer! kiki
tp tak puas hati gmbr aku burok, mekap hilang dh berpeloh2 menunggu giliran,
mencik!

ok, tu jelah aku nak kongsikan pada hari yg berbahagia ini, haha



ok, bye. :)