Monday, November 28, 2011

Sajak sang suami untuk sang isteri ♥


Aku pasti punya masalah
Tiap kali ingin menulis puisi buatmu.
Entah kenapa, kuasa cintamu lebih hebat
Dari kata-kata yang akan terkeluarkan.
Saat itu langsung aku setuju yang dirimu satu.
Dan hari ini kau menjadi isteriku.

Ampunkan aku kalau aku pernah berkasar,
Ampunkan aku kalau aku pernah mengherdik,
Ampunkan aku kalau aku pernah menjerit,
Ampunkan aku kalau aku pernah terpekik, melolong,
Isteriku, percayalah sebabnya ialah kasih dan cinta.

Akan ku jaga kau seperti ku jaga diriku sendiri,
Memang hidup itu tidak pernah ada jaminan keselamatan, 
Bahaya, ancaman di mana-mana
Tapi selagi kau dalam dakapanku,
Aku berjanji akan menjagamu
Setiap saat dan waktu,
Setiap siang dan malam,
Setiap guruh dan hujan,
Setiap panas dan terik,
Setiap nafasku.

Aku sering menadah telapak tangan,
Dan memohon pada Tuhan,
Agar kau, bukan sahaja kau menjadi isteriku,
Tetapi menjadi isteri yang disayangi Allah Ta’ala

Isteriku.
Selamat datang ke hidupku,
Selamat menjadi isteriku.
Selamat menjadi ibu pada anak-anakku kelak.
Selamat menjadi menantu ibu bapaku.
Selamat menjadi adik dan kakak pada adik-beradikku.
Selamat menjadi keluargaku.
Selamat menjadi pelengkap hidupku.
Selamat menjadi separuh dari aku.

sajak yang direka sendiri oleh Zahiril Adzim untuk isterinya, Shera.
romantik dan bermakna sangat! ♥ 



aku sendiri pom rasa nak nanges baca, apatah lagi Shera kan. :')



#kbai :)




p/s; post dalam belog wat simpanan tuk tatapan bakal suami wat rujukan. hihi :P
       


#Eh sajak & gambar diambil dari enciknakal.com & gua.com.my 
macehh :)

Wednesday, November 23, 2011

Sunday, November 20, 2011

Game BLOCK'D. Kau ada?


assalamualaikum koranggg,


handphone sape ada game nie?
wat muka comel cepat. heee (^_^)v
alaaa, game yg pecahkan petak-petak yg sama warna tu,
ada? yeahh gimme 5 bebeh! 

saja jer nak gtaw yg aku tgh addicted main game nie,
time tak leh fokus study ke,
time bosan tu mmg sah lar kan,
time lect mengajar bosan  ke, bui3x :p
time tunggu teksi ke,
time takde orang nak borak dgn aku ke, -_-"
mesti aku layan game nie.
even berlambak lagi game lain yg aku donlod act.


now, target nak dpt semua nama aku kat high score.
phewww~ =P



#kbai
:)



*act, aku tak dpt fokus nak study audit nie. pffttt -_-"

Saturday, November 19, 2011

Aku Maafkan Kamu.






" Aku maafkan kamu, Tak perlu kita bertemu
Cukup kau tahu, Yang aku
Maafkan kamu, Tolong teruskan hidup
Jangan sebut namaku "




It's funny how I'm good at giving advice to others,
 but when it comes to helping myself,
 I don't know what to do.
:')





p/s; ehhh..matluthfi ada video terbaru kan? paling terbaik antara terbaik. :) ♥