Sunday, April 27, 2014

Jejaka & Gadis Part 1.


jejaka: eh awak, apa nama dia tu?

*merujuk kpd seorg perempuan yg sdg lalu, ofismate mereka*

gadis: rose (bukan nama sbnr) kenapa? nak ngorat ko?

jejaka: eh, ngorat apo bini ore tuh!

gadis: belum lagi lar..single lagi tuh.

jejaka: *senyum* *berlalu pergi*

gadis: *dalam hati* emmm..kau taknak mengorat aku ke? :(

krikk krikkk...


rule dia mcm ni,
kalau ada, ada lah..
kalau takde, pun takpe..
ramai lagi yg ada..
kan? lalalaa

watlek watpeace!

Allah dah tentukan yg terbaik,
yg penting usaha dan doa.


ok, bye :)

Thursday, April 24, 2014

JPN Kota Bharu buka hari jumaat, MyKad siap 2jam jer.


Assalamualaikum dan salam sejahtera,
pemegang dan pemilik mykad yang sah mahupun tidak sah sekalian,

hari tu pegi bank nak update buku asb,
so kena scan ic dulu,
tapi malangnya cip ic aku tak dpt dibaca sbb dh berkarat, brrr!
resah gelisah gak lah duk pikir bila masa nak g tukar mykad,
tiap hari aku kerja, kecuali jumaat sehari jer,

officemate aku pun bagitau lah yg jpn kota bharu bukak hari jumaat,
alaaa, jpn kat wisma persekutuan kota bharu tuh, sapo ore kelate mesti tau mano!
hoihh, aku tak penah tau pun! phewww

hari sabtu pom dia bukak, sampai pukul 2 kalau tak silap aku.

aku pegi ngn officemate minggu lepas,
hari jumaat kan, aku bajet 10 20org jer yg ada sbb kebykkn
orang kelantan mmg pergi pasar pagi jumaat, haha
aku sampai pukul 8.45, ingat wisma jpn kota bharu tu tak bukak lagi,
naik atas amek no., hambekk! dh 100org depan aku,
full house ok jpn wisma pagi tu, dh lar tmpt sempit, aircond plak takde!
berpeluh2 kak ton menunggu giliran dlm jpn tuh!

tp perjlnn dia cepat,
sbb kebanyakkan nak tukar mykad baru jer,
scan maklumat yg lama, amek gambar, setel!
aku tggu dalam sejam jer,
sejam berdiri ok, tak dpt duduk pom,nasib baik sejam jer,
kalu 5jam, mau tak dpt berjalan aku lepas tuh.

lepas settle amek gmbr,
dia akan cakap pukul berapa mykad kita kan siap,
yg aku hari tu, dlm masa sejam,
kul 10 siap amek gmbr, kul 11 aku blh amek mykad.

kejap jer kan?
lega kak ton dpt mykad baru dlm masa 2jam jer! kiki
tp tak puas hati gmbr aku burok, mekap hilang dh berpeloh2 menunggu giliran,
mencik!

ok, tu jelah aku nak kongsikan pada hari yg berbahagia ini, haha



ok, bye. :)

Tuesday, April 22, 2014

Mutiara Kata.


Jangan menilai orang dari rupanya. Karena Rasulullah melihat si pendek tak menawan iaitu sahabat beliau iaitu Saidina Julaybib r.a dikejar - kejar oleh para bidadari surga.

Berilah kesempatan seseorang untuk berubah. Karena seseorang yang hampir membunuh Rasul pun kini terbaring disebelah makam beliau iaitu  Saidina Umar Al Khattab..

Jangan melihat seseorang dari masa lalunya. Seseorang yang pernah berperang melawan agama Allah pun akhirnya menjadi pedang-nya Allah iaitu Saidina Khalid Ibnu Walid.

Jangan memandang orang dari status dan hartanya. Karena sepatu emas fir'aun berada di neraka, sedangkan sandal lusuh Saidina  Bilal bin Rabah terdengar di surga.

Subhanallah....

Semoga Allah memberikan kita petunjuk dan hidayah-Nya, agar di setiap ilmu yang kita miliki, dapat menggerakkan kita untuk lebih dekat lagi kepada Allah. Aamiin. 

*Just C&P dari wechat. :)

Tuesday, April 15, 2014

Selamat 5 tahun, Encik Blog!


Assalamualaikum cinta,
 
apa khabar pencinta-cinta belog sekalian?
*dah mcm love daun terup plak aku tgk love2 aku. wakakaa 


selamat 5tahun, sayang! :D
  
kemain sayang haaa kat belog! gtuuu..
konon nyaaa..*tangan dibahu,mata keatas* hahaha

dah 5 tahun rupanya blog aku ditubuhkan,
jika di rewind kan kembali masa lalu,
aku tubuhkan blog ni masa lepas spm dulu, lepas pada aku habis plkn,
masa tu kan penganggur yg berjaya dirumah, bosan yg hazabedah kt rumah,
time tu, takde intenet lagi kat rumah, 
guna internet jiran, haha time tu dia tak kunci lagi internet dia,
skrg dah kunci, poyooo! *tetibe poyo. haha 
aku belajar bina blog ni pom mmg 100% dari internet, *rasanye kot* kiki

bila baca balik entry zaman jahiliah dulu,
rasa nak sepak diri sendiri, ntah pape entry aku wat, 
ayat pom mmg macam remaja baru nak up sgttt! haha 
biasa lar tu kann..budak-budak :P

tahun 2010 dan 2011 mmg tahun aku aktif berblogging,
join segmen lar, join giweaway, bertukar award bagai..kiki
sampai dapat kawan melalui blog ni,
dari blog ke fb, twitter dan seangkatan nya, hihi
time aku aktif berblogwalking, aktif berkomen diblog org,
aku dpt lar jana sekeping cek dari nuffnang,
tak byk pom, tp happy lah untuk blogger picisan mcm aku ni, kahkah

sekarang ni mood blogging aku malas sket,
aku cuma up entry time aku betul2 rajin jer, haha
time aku rasa benda tu mmg wajar untuk dishare kan di blog ini, kiki

haaa..sepanjang lima tahun blog ini ditubuhkan,
korang jgn tak tahu,
blog ni pernah menggunakan domain www.budakcomel.com selama setahun,
sbb nya domain tu ditaja selama setahun sbb aku menang contest kt blog lagenda budak nakal,
abang selagenda dgn aku, skrg aku pom tak tau blog dia dan dia sdiri wujud lagi ke tak. hihi
time tu aku tak pandai renew dan terus tak renew dah, lalalaaa~

tu jelah serba serbi sedikit pasal blog aku sepnjg dia berumur 5tahun ni,
panjang plak aku rasa, hihi

watlek watpeace,
bos dah masuk opis! hahaha
jom sambung kerja hoiii!



ok, bye :)

Monday, April 14, 2014

Siapa nak sihat? kena tahu 1001 kebaikan cuka epal.



Assalamualaikum & salam sejahtera chu'olls!
apa khabar sang kurus, sang gemuk, sang nak kurus, sang nak gemuk?
*haaa..nampak tak opening aku mcm ala2 Mr.K, :P

tadi aku bukak email,
salah satu email ada orang hantar 1001 kebaikan apple cider (cuka epal)
dulu aku selalu dengar jer nama cuka epal ni,
ofismate lama aku selalu duk cerita yg suami dia mmg amalkan minum apple cider
tuk kurus dan kesihatan,
time tu dalam hati aku, "pehal minum cuka?? uishhh, bahaya kot! cuka mengikis."
orang kureng wat reseach camtu lah, haha

tapi awal tahun hari tu,
supervisor aku bawak dia punya, jd aku pun try lah kehebatan cuka epal ni, haha
masam2, sedappp!
jadi..ia mmg sesuai untuk aku yg nak kurus ni, lalalaaa~
bukan..bukann..bukan nak kurus, tp nak sihat ok. hihi
tuk masa sekarang, masa depan, dulu, kini dan selamanya..

jadi..cukuplah aku membebel pada opening ni,
jom kita baca apa kebaikan apple cider ni,
banyak kebaikan! Alhamdulillah :)

  • Menurunkan berat badan
  • Meningkatkan metabolisme 
  • Merangsang pemecahan lemak
  • Menghalang penyerapan atau timbunan lemak
  • Mencegah dan mengawal selulit
  • Melancarkan perjalanan darah
  • Menghancurkan/melarutkan batu karang
  • Masalah kulit seperti jerawat
  • Mencantikkan kulit
  • Melegakan migrain dan sakit kepala
  • Menyembuhkan jangkitan sinus
  • Menstabilkan tekanan darah
  • Menurunkan paras kolestrol
  • Melegakan masalah senggugut
  • Mengurangkan ulser
  • Menghapuskan ruam lampin
  • melegakan heart burnt or chronic reflux 
  • melegakan penyakit asthma atau lelah
  • Mengatasi masalah allergi
  • Melegakan penyakit gout
  • Mengatasi diabetes : mengurangkan kadar gula dalam darah
  • Meningkatkan kecergasan, daya ingatan
  • Membunuh sel kanser atau melambatkan pertumbuhan sel
  • Melegakan masalah arthritis dan sakit yang melibatkan sendi dan sengal badan
  • Menurunkan risiko masalah jantung dan barah
  • Mengandungi anti-oksidan yang menjaga kesihatan jantung
  • Meningkatkan kesihatan membran paru-paru
  • Meningkatkan kesihatan tulang
  • Membantu mengatasi batu karang
  • Membantu kesihatan sistem kardiovaskular dgn mengekalkan tahap kolesterol darah
  • Membantu mengekalkan berat badan yang ideal
  • Menghilangkan stress dan membantu tidur yang nyenyak
  • Mengurangkan simptom selsema, sakit tekak dan sakit perut
  • Mengimbangi PH badan/mulut 
  • Membunuh bakteria penyebab bau busuk seperti mulut dan kaki
  • Mengatasi morning sickness dan mabuk laut
  • Membersihkan Kulit kepala dan menghilangkan kelemumur

   
BRAGG ni adlh antara jenama apple cider yg femes. kat Giant ada jual :)



whatever it is,
apa2 yg kita nak buat, kita kena betul dan ikhlas kan niat,
jgn nak teruja or ghairah sgtt, aku lempang kang! kahkah
pesanan lebih untuk diri sendiri. hihi
tapi nak kurus kena teruja kan, kalau setakat main2 mmg takkan jadi punya. blerghh!

watlek watpeace!
makan nasik 3pinggan. wakakaa


ok, bye. :)


Monday, April 7, 2014

Gambang Waterpark. Seronok ke?


Assalamualaikum & salam sejahtera u'olls! :)

hari yg suram..hari yg kurang bersemangat..hari yg kurang berkhasiat..
jadi..ayuh kita up 1 entry jap! hewhew

nak share ler sket kan,
kami 1family pegi main air kat gambang waterpark itu hari,
perancangan yg scr tiba2 sgt dari umi sbb cuti sklh kan,
pergi pom dlm masa 24jam jer, tido atas kete jer,
11malam hari rabu bertolak, 11malam hari khamis sampai rumah,
sampai2 umah rasa jetlag giler weh! haha tp seronok beronok-ronok :)

tugu peringatan gambang waterpark
punya lah susah nak snap pic kat tugu ni,
asyik ada org jer, last2 luckily masa nak balik tuh tgk mcm takde org,
terus g duduk 4bradik kat situ, suh abah snap kan. kiki


 kitaorg pegi time cuti sklh hari tu,
jadi punyalah ramai umat manusia!
kitaorg antara org terawal sampai, tmpt tu pom xbukak lg, haha

tgk apa umi aku bawak tu, tikar terbang! kiki
kpd sesape yg nak jimat duit taknak sewa cabana tuh,
boleh lah bawak tikar ni mcm kami, hihi



aku tak kaji plak keluasan gambang waterpark ni,
aku tgk macam takde tempat lain jer nak lepak,
jadi family aku decide duk lepak kt coco beach ni jer,
mmg feeling mcm duk pantai sgt, ada pokok kelapa, ada ombak,
just air jer tak masin, tapi manis. ok tipu.
and time ni sgt panas, muka pom jd sunburn. pdhl 4,5jam jer duk kat situ. haha


haaa..tak kiralah korang dtg sini berapa ramai,
tp korang kena sewa pelampung ni,
sbb mana best main air tak guna pelampung, haha
sewa pelampung ni 16 hinggit, 6 hinggit deposit.
kitaorg 4beradik share jer main 1pelampung. hihi


tulis jer journey of ice, tp tak sejuk pn :(

 ni nama dia permainan air longkang, haha
air longkang bersih, putih jernih tuh, haha
dia main keliling2 jer, tp jenuh gak r nk sampai 1keliling tuh,
aku siap suh budak2 sklh tlg tolakkan pelampung aku,
lmbt sgt nak sampai, dh r time tu panas giler time tu.

gambar curik kat google
betul ke ni gambar kt gambang waterpark ea?
aku tengok takde pun tempat cenggini kat sana, haha
abg aku ckp tmpt ni tgh renovate. tp harga sama jer. blerghh!
dia ada jugak gelongsor putar2 yg satu lagi,
nak naik kt sana punyalah tinggi, semput aku!
rasa mcm panjat batu caves pun ada. (mcm lah penah naik batu caves. -.-)
tp best weh! aku teruja lah sket sbb 1st time main benda ni. hihi
makin berat tampungan pelampung tu, makin laju pelampung tu akan terlampung2 di air,
jd naik lah dgn org berat mcm aku. haha -.-



haaa..aku sgt tak puas hati dgn loker dia!
sempit sgt kot! nak letak beg baju pom tak muat, phewww
muat letak beg tgn 2,3 biji jer..tu pom yg kecik2 jer. grrrr
dh r kena sewa 20 hinggit, 10 hinggit deposit.

father and mother :)
mother and father is chilling at coco beach, under pokok kelapak! haha
mother and father aku taknak main air, jd dorang lah kena jaga beg2.
father siap tetido lagi. untung bwk tikar terbang sendiri. :D



gelang kt tangan sape yg beli tiket tu jgn buang lagi,
time dah keluar tu jgn lupa refund duit korang balik!
sbb kat dlm nak sewa apa-apa, dorang tak guna cash dah.
kita kena guna duit yg kita bayar memula tu jer,
then dia akan scan kat gelang tangan ketua kumpulan.

ok lah tu jelah serba sedikit, penting tak penting aku kongsi pasal gambang waterpark.
bagi sesiapa yg mmg minat main air, mmg boleh pegi tmpt ni. hihi

aku nak pegi lagi jugak, tp taknak pegi dah time cuti sklh.
bergelewak dgn ore ramai jah dlm air. haha


ok bye :)

Wednesday, April 2, 2014

Bukan gambar kahwin daku.


Assalamualaikum & salam sejahtera!
hai pengantin lama, pengantin baru dan bakal pengantin semua, hihi

macam biasalah, seminggu cuti sekolah hari tu,
mmg musim orang kawen,
orang tak kawen musim tengkujuh ke, musim banjir ke. haha


Classmate diploma wedding






Officemate wedding






di usia yg kian menua ini,
mestilah jeles tgk org kawen kan, haha
bercinta cara halal,
nak sentuh2 pegang2 manja2 tak jadi dosa dah. :')

ok, entry ni nak tayang gambar kahwin org jer.

gambar kawen tuan belog? bila nak kawen?

coming soon.
so soon...kahkah


watlek watpeace, gaji tak masuk lagi! brrrr



k bye. :)