Wednesday, June 23, 2010

madah berhelah .

Apabila kita ingin berteman,
Janganlah kerana kelebihannya,
Kerana mungkin dengan satu kelemahan,
Kita mungkin akan menjauhinya....
Andai kita ingin berteman,
Janganlah kerana kebaikannya,
Kerana mungkin dengan satu keburukan,
Kita akan membencinya....
Andai kita inginkan teman yang satu,
Janganlah kerana ilmunya,
Kerana apabila dia buntu,
Kita mungkin akan memfitnahnya....
Andai kita inginkan seorang teman,
Janganlah kerana sifat cerianya,
Kerana andai dia tidak pandai menceriakan,
Kita mungkin akan menyalahkannya....
Andai kita ingin berteman,
Terimalah dia seadanya,
Kerana dia seorang teman,
Yang hanya manusia biasa....
Jangan diharapkan sempurna,
Kerana kita juga tidak sempurna.....

*****************

Persahabatan yang sejati akan membawa KERINDUAN yang abadi
Sesungguhnya persahabatan itu lebih unggul dari percintaan,
tanpa persahabatan PERCINTAAN akan berakhir
tetapi tanpa percintaan PERSAHABATAN boleh kekal
hargailah persahabatan yang terjalin..
SELALUNYA kita tidak menyedari
bahawa ada insan yg lebih MENCINTAI diri kita...

*****************

Jangan tinggalkan orang yang kita SAYANG
untuk orang yang kita suka,
kerana orang yang kita SUKA
akan tinggalkan kita untuk orang yang mereka sayang...
Jangan cuba dapatkan apa yang kita sayang
tapi SAYANGILAH dengan apa yang kita ada
hidup tak perlu terlalu sempurna,
tak perlu terlalu kaya,
tak perlu terlalu terkenal,
tetapi selagi masih ada INSAN yang mengingati,
ia sudah lebih dari mencukupi .


hirupan terakhir secawan kopi ; saya rindu teman2 sy shume ! XD

No comments: