- Anda dapat bertenang dan bersabar seandainya hajat anda tidak tercapai.
- Anda mampu menyembunyikan perasaan anda yang luka dan tersinggung oleh seseorang dalam kumpulan dan berlaku sebagai biasa.
- Anda tidak merasa iri hati bila melihat orang lain dipuji dan disanjung.
- Anda dapat menghadapi kebencian orang yang anda benar-benar merasa tidak sewajar dengan mereka.
- Anda mampu menguasai nafsu gelojoh walaupun anda ingin mendapat perkara yang anda fikir boleh dapat.
- Anda dapat menahan rasa sakit hati dan malu seandainya anda tidak dapat hidup setaraf dengan rakan sejawat anda yang lain.
- Anda terus berlaku adil dan saksama walaupun suasana sekeliling menghalang maksud anda.
- Anda dapat menerima kritik atau salah faham orang tanpa memperbesar-besarkannya.
- Anda memandang jauh kedepan, umpamanya dengan sabar menangung kesusahan demi kepentingan masa depan, tanpa merasa resah, bimbang dan ragu.
- Anda memberi persetujuan kepada pendapat- pendapat yang anda tidak setujui dalam perdebatan tanpa merasa sakit hati atau tidak senang.
- Anda berbahagia bersendirian dengan mempunyai satu kegemaran atau hobi yang benar-benar anda minati.
- Anda mengaku dengan jujur tidak tahu bila anda betul-betul tidak tahu, tanpa merasa malu.
- Anda menghadapi orang-orang tua atau orang- orang yang lebih berpengaruh tanpa sentiasa berusaha untuk menimbulkan kesan-kesan negatif.
- Anda akan cuba melakukan sesuatu dengan sederhana bukannya berlebih-lebihan untuk menunjukkan bahawa anda dapat melakukannya dengan lebih sempurna.
- Anda dapat mendahulukan kepentingan orang lain walaupun anda tidak merasa senang kerananya.
- Anda boleh berlaku wajar dan saksama terhadap orang-orang yang tidak anda sukai.
- Anda dapat mengujudkan rasa kasih-sayang, cinta atau boleh bersahabat tanpa mendapat tempat yang utama dalam hidup mereka.
- Sekiranya anda lelaki, anda dapat bekerjasama atau bersahabat dengan wanita tanpa berfikir bahawa anda adalah lelaki yang jadi idaman setiap wanita.
- Sekiranya anda wanita, anda dapat bekerjasama atau bersahabat dengan orang lelaki secara jujur.
p/s; hmm, baru tersedar yg rupanya sy belum cukup matang. huuhu T______T
6 comments:
matang??kadang2 kot tpi kdg2 cm bdk2 gak..hahaha..senang citew half2.. :P
oh. dem.
matang ke aku?
oh.. Lupa, memang ramai dah cakap aku ni cool, steady...
hihi.. siyes..
dan, ini adalah "Anda akan cuba melakukan sesuatu dengan sederhana bukannya berlebih-lebihan untuk menunjukkan bahawa anda dapat melakukannya dengan lebih sempurna."
cool kan?
cikseri; a'ah. asenye better jdi half2 je kn, ikt mase n keadaan, :PP
raja fiqri; yeah~! siyesly ak rse ko mmg da matang, XD *clap3*
owh..tidak..aku xberapa menepati kesemua kriteria2 diatas....separuh pun xsampai..maknanya aku masih belum matang... ~
latest entri:
salahkah aku berkahwin dengan wanita berusia???
hahaa,
xpe, truskn usaha cik nas, jgn putus angsa. :)
Post a Comment