Tuesday, March 29, 2011

Lisa Surihani ke lisa Surirumah?




Satu hari Ajoi berjalan-jalan di Terminal One, Seremban. Tiba-tiba dia terserempak dengan seorang awek yang bergaya ala-ala artis,
Ajoi : "Hai, awak Lisa Surihani kan?”
Awek tu terkejut dan menjawab : “Eh bukanlah!”
Ajoi tunduk malu, tapi tak puas hati : ” Lisa Surihani ya?”
Awek tu menjawab : “Bukan la..” (sambil berfikir dalam hati, eh ye ke muka aku macam Lisa Surihani? bestnya!)
Ajoi diam kejap, tapi bertanya lagi : “Hurmm awak ni Lisa Surihani kan?”
Awek : “Errr... iya! “(mula perasan bercampur bosan)
Ajoi : “La… apasal muka takde iras Lisa Surihani pun…??”



psst; boleh wat modal nak kacau awek perasan.
 ngeh3x :p



nota penuh kecomelan; 
belog terabai, sekarang aku lagi buat-buat busy.
grrr~ hari nie aku masuk kerja lewat lagi tuk kali ke-46.5 (v.v)m 
ok, bye.



eh, sumber asli lawak; SINI. (^^,)v

Sunday, March 27, 2011

Video terbaru Matluthfi?


assalamualaikum korang comel - comelan sume,
selamat berhari ahad dan beistirehat dengan penuh kecomelan, (^^,)v
grrr~ da 2tahun 6bulan dan 8.5jam aku tak update belog, kn3?
pelawok! pelawok! pelawok! grrr~ *sambil hantuk kepala kat dinding *
haha! baru 2 hari jer punnn. * muncung lebih oke :p *

2 hari aku tinggalkan belog terbengkalai begitu sahaja,
sorry lar kalau sape-sape masuk belog nie,
 tapi mengadap benda sama jer, huhu
sebenarnya aku pergi bercuti kat oversea,
melawat kekasih hati, matluthfi. ngee ^_^v
korang jangan jeles, dia kim salam kat korang semua. ngeh3x ;pp


so, jom lar kita sama-sama menghayati video terbaru matluthfi bersama aku,
ngahahaa ;PP 

romantik dak? romantik dak? auwww2! >.<

larikkk


Jika seseorang melemparmu dgn batu,
 balaslah dengan senyuman lantas lemparkan bunga,
 tapi pastikan dengan pasu-pasunya sekali turut terlempar.
weee~ ^_^v





 bye - bye.




grrr~ rindu nak berjijak jejak balas ngan korang!

Thursday, March 24, 2011

Siapa mengeluh hari ini? baca nie!



Assalamualaikum korang comel - comelan sume,
selamat berhari khamis, ^^
eh, entry nie bukan nak ajar cara-cara nak mengeluh, 
tapi supaya jangan cepat berpeluh. ngeh3x ;PP

jom sama-sama bersyukur..
sebab pasti ada erti kenapa kita perlu bersyukur.



Bersyukur kepada isteri yang memasak untukku malam ini,
Kerana ertinya…isteriku di rumah malam ini, tidak bersama orang lain.

Bersyukur kepada suami yang sedang bermalas-malasan di atas sofa sambil melayan internet,
Kerana ertinya…dia tidak melepak di kedai kopi bersama kawan-kawan

Bersyukur untuk anakku yang selalu bising di rumah,
Kerana ertinya…dia tidak melepak di luar bersama kawan-kawannya yang ntah sapa-sapa.

Bersyukur untuk baju aku yang mula rasa sempit,
Kerana ertinya…aku lebih dari cukup makan.

Bersyukur kerana bayang-bayang yang mengikuti aku,
Kerana ertinya… aku masih merasakan kehangatan mentari.

Bersyukur kerana rumahku yang berselerak dan ada yang perlu diperbetulkan
Kerana ertinya…aku mempunyai rumah!

Bersyukur kerana mendapat tempat parking kereta yang paling jauh,
Kerana ertinya…aku masih boleh berjalan dan aku mempunyai kereta!

Bersyukur kerana budak lelaki yang memekak bermain gitar dan menyanyi dengan sumbang,
Kerana ertinya…aku masih mampu mendengar!

Bersyukur kerana perlu membasuh baju
Kerana ertinya…kita mempunyai baju untuk dipakai

Bersyukur kerana kepenatan kerja setiap hari
Kerana ertinya…aku mampu bekerja keras setiap hari..

Bersyukur kerana mendengar bunyi jam yang menggangu tidurku setiap pagi
Kerana ertinya…aku masih hidup!


dan aku bersyukur sebab ada jugak yang sudi jenguk blog aku ini, 
kerana ertinya aku dapat lagi BE ke-7 dari nuffnang lagi. ngeee ^_^v
macehh korang..maceh3! \(^^)/


 bye-bye.


diambil dari; SINI. ^^

Wednesday, March 23, 2011

Selamat Datang ke www.budakcomel.com


assalamualaikum korang comel - comelan sume,
selamat berhari rabu dengan penuh kecomelan, ^_^v

seperti yang korang semua tak berapa nak ambik tahu,
hari tu aku de join 1 contest kat blog encik nakal 
bertajuk pasal Keranamu Template.
dan alhamdulillah, aku terpilih sebagai pemenang.
dan hadiah nye...


selamat datang ke www.budakcomel.com \(^_^)/
selama setahun. dah dia sponsor setahun jer,
lepas setahun nanti, tak taw lah ada lagi ke tak budakcomel.com nie, ngeh3x ;PP

siyesly tak pernah terpikir nak pakai domain, (n.n)m
tapi apa-apa pun terima kasih banyak pada encik nakal & juri
sebab pilih aku sebagai pemenang contest dia dan telah menaja domain ini. ngee
dan terima kasih jugak kat pembaca Lagenda Budak Comel semua,
tanpa pembaca, tak mungkin hidup satu blog tu kan. ^_^

ouch, nak citer sket aku guna domain nie bawah netkl,
service dyeorang terbaik dan lain sebab korang boleh chatting sendiri
secara online dengan pegawai dyeorang,
nak taw pasal menggunakan domain netkl,
 korang boleh rujuk entry CIKTOM, <--- pegawai netkl tu sendiri yang bagi.
kalu tanya aku, aku tak taw pape sebenarnya pasal domain n so on, 
tapi encik nakal yang bagi tunjuk ajar. mekasih byk2 pakcik~ xD


err..erkkk, cam seram plak guna domain nie, haha! ngade. ;pp

semua kita manusia tak sempurna,
 jadi apa-apa yang aku post dalam blog nie,
yang baik sama - sama ambil jadikan panduan,
yang buruk sama - sama jauhkan dan jadikan pengajaran.
  peace~ (^_^)v


bye-bye.



kalu aku ada wat silap,
silalah tegur dgn penuh kecomelan ye. =)
demam dpt domain. (-.-")

Tuesday, March 22, 2011

Agak-agak berapa tinggi nilai diri anda?






Ada tiga tin Coca-cola dihasilkan dari satu kilang yang sama. Mereka diletakkan di tiga bakul yang berbeza.
Bila sudah sampai masanya, ketiga-tiga tin coca-cola dinaikkan ke dalam lori yang sama dan dihantar ke destinasi masing-masing mengikut pesanan.
Tin yang pertama diturunkan di minimarket biasa dan dipamerkan di rak bersama tin coca-cola yang lain dan diletak harga RM1.50.
Tin yang kedua diturunkan di sebuah pasaraya besar ternama dan di masukkan ke dalam peti sejuk dan diletakkan harga RM2.00.

Tin yang ketiga dihantar ke sebuah hotel bertaraf lima bintang yang sangat mewah.Tin coca-cola ini ditempatkan di dalam rak atau dalam peti sejuk.
Tin ini akan dikeluarkan apabila ada pesanan dari pelanggan.
Dan jika ada pelanggan yang memesan coca-cola,air dari tin ini dimasukkan ke dalam gelas kristal ang bercampur dengan ketul-ketulan ais. Ia disediakan dengan cermat dan berhati-hati dan disajikan kepada pelanggan dengan sopan.
Harganya ialah RM15.00
Sekarang isu nya ialah mengapa air tin coca-cola ini memiliki harga yang berbeza sedangkan mereka dihasilkan dari kilang yang sama dan dihantar dengan lori yang sama malah ketiga-tiganya mempunyai rasa yang sama?

Persekitaran Mencerminkan Harga Anda!
Apabila anda berada di persekitaran yang boleh mengeluarkan terbaik dari diri anda, maka anda akan jadi cemerlang.
Tapi jika anda berada di persekitaran yang meng’kecil’kan diri anda, maka anda akan jadi ‘kecil’.
Orang yang sama,bakat yang sama,kemampuan yang sama + persekitaran yang berbeza 
= NILAI YANG BERBEZA.
Apa pun apa yang paling utama ialah rezeki adalah ketentuan Qada dan Qadar Allah Taala, oleh itu berusahalah menjadi yang terbaik disamping pasrah dan memohon kepada Allah Taala.
Dan perbezaan tinggi nilai kita di sisiNYA sebenarnya ialah amalan kita.


pesanan penuh kecomelan; 
jangan amalkan minum air coca cola secara ketagihan.
tidak baik untuk kesihatan ibu dan anak. ngeh3x ;PP

bye-bye.
eh, lupa bagi salam plak..assalamualaikum. ^^


digrab dari; isuhangat.net (^^)v

Sunday, March 20, 2011

Seorang blogger utara wat aku panas!


assalamualaikum korang comel - comelan semua,
selamat bermalam ahad nak masuk pagi isnin, ngeh3x (^^)v
grrr~ mesti kebanyakkan selalu alami kan,
bilamana diri kita letih, 
nafsu untuk teruskan aktiviti lain pom terbantut sama, kan3?
errk, tak ke? mungkin alasan aku jer tak nak update belog kot. keh3x ;pp
 atau mungkin memang aku da takde nafsu kat blog sekarang kot,
heh! (-.-")

letih lar...

hah! panas! PANAS! panas!
aku ngah panas nie, seorang blogger utara cari pasal ngan aku. heh!
kenapa aku? kenapa? kenapaaaa? adeh! over plak. (v.v)m
tu dia aihhh~ saja jaa emo lebih tu,
padahal aku panas sbb aku tak ingat bukak kipas kt bilik nie,
haha! * sila sepak lalu sekeh manja-manja* 
blogger tu memang wat hal tapi bukan wat aku panas,
 tapi wat aku terharu, siyes! terharuuu...
korang nak taw kenapa, korang tengak lar sendiri kat sini.
klik kat SINI ye, bukan klik kat SANA. 

jap, aku nak jawab soalan dia,
dalam banyak-banyak soalan tu, aku nak jawab no 2 jer, haha!
budak comel tak kawen lagi, tapi akan kawen..
nanti bila mat luthfi abes belajar dan balik ke Malaysia
* sape percaya sila lempar lappy korang ke dinding. * kui3x \(^^)/
soalan-soalan lain comel jawab nanti kita jumpa lah er. hew3x
jumpa? bila agaknya lar tuuu kn, kuang3x ;P

nak cakap yang belog dia memang best woo!
entry yang sangat ringan, sempoi dan mesra pembaca,
rajin blogwalking dan komen-komen entry blogger lain.
haaa, blogger macam nie lar yang kita nak kan. ngeee~ ^_^v
jom sapa menyapa lalu mengorat dia,

akhirulkalam, ^^






bye-bye. 


nak tanya dia plak, dah ada awek ke?
nak ngorat boley? ngahaha
gatai! dush3x ;PP

Saturday, March 19, 2011

Selamat Tinggal Nuffnang? Apakah?


assalamualaikum korang sekalian comel - comelan sume,
selamat berhari sabtu dan selamat berhujung minggu,
hujung-hujung minggu camnie lar masa sesuai p rehatkan badan dan minda,
tak elok gak kalu asyik mengadap lappy 24/7 knnn,
ada sapa-sapa rasa nak ajak aku p date tak? ngeh3x ;P

adehhh! sehari lebih aku tak update belog,
tak blogwalking mahupun blogjogging,
lagi teruk aku tak jenguk langsung blog sendiri,
 duk p intai blog orang jaa, (-.-")
tapi blog korang semua memang best, lain blog lain cerita,
macam - macam ada. dalam astro pom belom tentu ada cerita 
macam cerita dalam belog korang. pergh! ;p

 tadi sesaja gatal tangan p bukak akaun nuffnang,
nak tengok trafik yang memang sah - sah jatuh merudum,
tapi  masih boleh tersenyum walau trafik jatuh, sebab...


nuffnang bagi BE baru, ngee~ (^^)v
nie BE ke-6 kot, BE yang lain da jadi ME disebabkan 
kemalasan diri sendiri, sigh. (v.v)m
btw, tima kasih lah kepada nuffnang dan Digi sebab melekat kat
belog yang tak seberapa nie. <--- ayat nak mtk BE lagi. kuang3x ;pp

oke, sebenarnya takde idea nak taip panjang - panjang nie,
so, jom kita layan video klip terbaru lagu
 Selamat Tinggal dari Dina Nazir ft. Zizan Raja Lawak.
lagu rancak tapi aku boleh nanges tengk video klip dia, haha!
memang kebanyakkan lagu sekarang mesti ada rap, tapi best! \(^^)/




Telaga di laman kita, timbanya dimiliki orang..
 Kita jenuh gali telaga, airnya menjadi hak orang..
 Kenapa yang elok dapat kat orang, yang teruk dapat kat kita..
 Kenapa hak orang tak kena kat kita, hak kita pun tak dapat kat kita..
 Jadi, kalau nak pujuk hati kita,
 kenalah kita ingat bahawa segalanya bukanlah hak mutlak siapa-siapa..
 Kerana dunia ini adalah persinggahan sementara. =)



bye - bye.


 

Thursday, March 17, 2011

Kisah Meon, Dogo, Samat dan Tok Imam.


Di sebuah kampung ada 3 org remaja yg suka lepak. Sorang tu nama dia "Meon", sorang tu "Dogo" dan sorang lagi "Samat". Aktiviti seharian depa ni menyebabkan tok imam tak senang duduk. Pada satu hari tok imam tu datang dengan niat nak tarbiyah depa ni. 

Maka berlakulah beberapa insiden cabar-mencabar. 
Tok imam tu cabar si mangkuk 3 malaun tu ke surau waktu Maghrib nanti. 

Si "Meon" pun berkata, "Tok imam ingat kami ni jahil sangat ke? Takpa, nanti kami buktikan yg kami bukan la jahil sangat seperti yang disangkakan" .

Maka apabila hampir masuk waktu Maghrib pegilah 3 malaun tu ke surau. 

Tok imam pun suruh "Meon" azan. Tanpa berlengah terus je "Meon" azan, "Allah Ta'ala... Allah Ta'ala...". Dengan segera tok imam merampas mikrofon daripada "Meon"dan menyuruh Tok Bilal azan semula. Maka terselah kejahilan "Meon".

Selepas iqamat, masa nak sembahyang tok imam pun mengangkat takbiratul ihram. 
Tok imam pun satu hal, angkat sekali tak khusyuk, angkat 2 kali pun tak khusyuk jugak lagi... 

Masuk je kali ketiga, "Dogo" panggil tok imam. "Tok,tok duduk kat belakang, biar saya jadi imam." Tok imam pun undur le ke belakang.

"Dogo" pun angkat le takbiratul ihram. "Allahu akbar!" Maka para makmum pun ikut angkat takbiratul ihram & memulakan solat. Tiba-tiba je si "Dogo" ni pusing ke belakang dan berkata, "Aaa, tengok! Sekali jee tokkkk!!" Lalu batallah solat "Dogo". Yang lain-lain pun ikut berenti sambil ketawa terbahak-bahak.

Tok imam pun mintak pulak si "Samat" jadi imam. Si "Samat" pun terus ke depan jadi imam solat tersebut bermula dari takbir sampai le habis sembahyang. Siap dengan wirid-wiridnya sekali. Punyalah respek Tok Imam kat si "Samat" ni...

Lepas solat, tok imam pun puji-memuji leee si "samat" ni... Tapi dgn bongkaknye si "samat" berkata, 

"Hehee, itu belum ambil wuduk lagi tu. Kalau tak, lagi dassat aku semayang. Hehe...

mengucap panjang Tok imam... nasib baik takde sakit jantung... adoiii~!






da moral of da story;
  jangan main-main dalam solat ye. solat tu tiang agama.
 kalau rumah takde tiang camne la? 
 fikir-fikirkan dan selamat beramal... weee~ (^^)v


bye - bye.

Wednesday, March 16, 2011

Kita sebenarnya... apa?


assalamualaikum anda - anda comel - comelan sume,
selamat berhari rabu dengan penuh kecomelan, >.<
ouch, da masuk hari rabu suda,
maknanya seharian lar aku tak update belog hari nie, wuwuwuu
idea tu ada sangat, tapi jari pulak merajuk taknak menaip,
letih duk taip kertas kerja katanya kat opis tadi.
 * erk, jari aku boleh bercakap ke? okeabaikan. *


sebenarnya aku nak coret sikit ja nie, hew3x
sekadar wat hilang rasa menyampah rindu korang kat belog humble ku ini, ;P


* sila senyum sesenyum - senyumnya dulu. ngee >.< *


sebenarnya...



dan sebenarnya ku mengharapkan...
nyanyi lagu Yuna sikit. lalalaa~



oke - oke, jangan lempang dulu, -.-'



sebenarnya kan, secara tuntas mulusnya,
apapun yang kita cuba lakukan,
kita sebenarnya takkan dapat nak puaskan hati semua orang,
macam tu jugak orang lain, dia takkan dapat nak puaskan hati 
semua orang disekelilingnya.
jadi, maaf memaafkan dimaafkan juga termaafkan bagi yang tak dapat.
dan hargailah bagi yang cuba. 







pesanan khidmat masyarakat;
tahukah anda?
 benda yang paling cepat sampai atas muka dunia ini ke tempat lain adalah doa.
jadi, jangan lupa untuk berdoa selalu dan terus menerus. wee~ (^^)v



bye - bye. 




korang tak puas hati aku nie terlalu comel ke?
ngaku cepat! wahahaa ;pp

Monday, March 14, 2011

Tanya Fahmi: Siapakah nama anak kita?


assalamualaikum korang comel - comelan sume,
selamat berhari isnin dan selamat menempuhi hari dengan penuh kecomelan,
weee~ (^^)v <--- wat muka comel. ;P
lunch tadi aku makan nasik kukus free lagi, bos belanja. 
korang ada? muahahaa * gelak pekerja harapan nusa bangsa *

ehem3x, petang yang serba serbi indah nie aku nak join segmen,
segmen dari Fahmi si jejaka Malaya
Menarik kan? menarik lar bagi aku. 
aku memang suka pikir pasal masa depan nie,
biar masa sekarang masih terhuyung-hayang pom, heh!
*pandang mata keatas, tangan ke bahu*


1- Apakah nama yang bakal anda berikan kepada anak anda 
mahupun nama yang telah anda berikan kepada 
anak anda sekiranya anda sudah mempunyai anak?

-  aku sangat teringin anak kembar, lelaki + perempuan.
jadi aku da ready awal-awal nama kembar untuk anak-anak ku,
Airel Daniel dan Aisya Dania. ahaks! ^^
berdoalah secara berjemaah agar aku dapat anak kembar oke.
pergh! mcm lar da kawen. >.< dush3x

comey nyeh! >.<

2- Sebab apa anda memilih nama itu?

- sebab nama nie gabungan nama moden n klasik.
errkk, yeke? ntah lar. haha!
tapi yang penting aku memang suka nama nie, dari f4 lagi aku simpan nama nie 
untuk anak aku. wahhh! over gitu. ;PP

3- Antara nama yang panjang (dua atau lebih) atau 
pendek (satu) yang mana satu anda lebih sukai. Kenapa?

- suka nama yang panjang kot. nanti banyak sikit nama panggilan
orang boleh panggil. setiap orang panggil nama lain-lain. hahaa adoiii! XD


korang da terpikir nama tuk anak korang tak?
jom-jom share, wat exchange name ke. ahaks! ;PP



bye - bye. 

Sunday, March 13, 2011

Dia sentiasa lebih baik dari aku.



Assalamualaikum anak - anak sekalian, mari sini dekat-dekat sket,
Ustajah comel ingin berkongsi sedikit tidak brape nak banyak ilmu, ( pergh! ase cam pakar motibasi plak. =,.= ) hueh3x kalu korang da baca, buat-buat tak penah baca lar oke. ;P


Ehem3x, pendahuluan sedikit. (^^)v
Manusia nie rambut jer sama hitam (de jugak yang perang, tolak yg warnakan rambut), tapi hati dan karakter lain-lain. Ada karakter baik, ada karakter jahat. Yang baik kita jadikan teladan, yang jahat kita rejam dia secara berjemaah. muahaaha 






Jom tengok tips dari Syeikh Abdulkadir Al Jailani untuk sentiasa bersangka baik sesama insan.


Jika engkau bertemu dengan seseorang, maka yakinilah bahawa dia lebih baik darimu. Ucapkan (dalam hatimu) :
"Mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku".

Jika bertemu anak kecil, maka ucapkanlah (dalam hatimu) :
"Anak ini belum bermaksiat kepada Allah, sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepadaNya. Tentu anak ini jauh lebih baik dariku"..

Jika bertemu orang tua, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
"Dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama dariku, tentu dia lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan seorang yang berilmu, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
"Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan kuperolehi, mencapai kedudukan yang tidak akan pernah kucapai, mengetahui apa yang tidak kuketahui dan dia mengamalkan ilmunya, tentu dia lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan seorang yang bodoh, maka katakanlah (dalam hatimu) :
"Orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia bodoh (tidak tahu), sedangkan aku bermaksiat kepadaNya padahal aku mengetahui akibatnya.
Dan aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak. Dia tentu lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan orang kafir, maka katakanlah (dalam hatimu) :
"Aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak, mungkin di akhir usianya dia memeluk Islam dan beramal soleh. Dan mungkin boleh jadi di akhir usia diriku kufur dan berbuat buruk. "







pesanan khidmat masyarakat;
jangan lupa basuh tangan dan baca doa makan sebelum dan selepas makan.
hew3x peace~! (^^)v




bye-bye. 





psst; aku tgh dalam kebuluran ke'blur'an. *sigh. -.-'