Tuesday, March 22, 2011

Agak-agak berapa tinggi nilai diri anda?






Ada tiga tin Coca-cola dihasilkan dari satu kilang yang sama. Mereka diletakkan di tiga bakul yang berbeza.
Bila sudah sampai masanya, ketiga-tiga tin coca-cola dinaikkan ke dalam lori yang sama dan dihantar ke destinasi masing-masing mengikut pesanan.
Tin yang pertama diturunkan di minimarket biasa dan dipamerkan di rak bersama tin coca-cola yang lain dan diletak harga RM1.50.
Tin yang kedua diturunkan di sebuah pasaraya besar ternama dan di masukkan ke dalam peti sejuk dan diletakkan harga RM2.00.

Tin yang ketiga dihantar ke sebuah hotel bertaraf lima bintang yang sangat mewah.Tin coca-cola ini ditempatkan di dalam rak atau dalam peti sejuk.
Tin ini akan dikeluarkan apabila ada pesanan dari pelanggan.
Dan jika ada pelanggan yang memesan coca-cola,air dari tin ini dimasukkan ke dalam gelas kristal ang bercampur dengan ketul-ketulan ais. Ia disediakan dengan cermat dan berhati-hati dan disajikan kepada pelanggan dengan sopan.
Harganya ialah RM15.00
Sekarang isu nya ialah mengapa air tin coca-cola ini memiliki harga yang berbeza sedangkan mereka dihasilkan dari kilang yang sama dan dihantar dengan lori yang sama malah ketiga-tiganya mempunyai rasa yang sama?

Persekitaran Mencerminkan Harga Anda!
Apabila anda berada di persekitaran yang boleh mengeluarkan terbaik dari diri anda, maka anda akan jadi cemerlang.
Tapi jika anda berada di persekitaran yang meng’kecil’kan diri anda, maka anda akan jadi ‘kecil’.
Orang yang sama,bakat yang sama,kemampuan yang sama + persekitaran yang berbeza 
= NILAI YANG BERBEZA.
Apa pun apa yang paling utama ialah rezeki adalah ketentuan Qada dan Qadar Allah Taala, oleh itu berusahalah menjadi yang terbaik disamping pasrah dan memohon kepada Allah Taala.
Dan perbezaan tinggi nilai kita di sisiNYA sebenarnya ialah amalan kita.


pesanan penuh kecomelan; 
jangan amalkan minum air coca cola secara ketagihan.
tidak baik untuk kesihatan ibu dan anak. ngeh3x ;PP

bye-bye.
eh, lupa bagi salam plak..assalamualaikum. ^^


digrab dari; isuhangat.net (^^)v

22 comments:

mykhalis said...

betul tue..sangat suka dengan entry nie. kalau kita tak jaga ekslusiciviti kita.. harga kita akan semakin kurang..

hottest entry di blog khalis : orang yang tak mempunyai tangan,tetapi hebat

.Dilla Nur. said...

emm...nilai kita berbeza berdasarkan amalan kita...betol tu... :)

I N S P I R A T I O N A L E F E K S said...

Ohh trima kasih atas pesanan yang baik hati :P

@tiF said...

sama gak brg yg diletak dlm almari kaca utk pameran lg mahal harganya dr brg yg diletakkan dlm bekas biasa utk ramai org pegang utk tguk2..

sama mcm maruah... maruah yg elok adalah yg terjaga tingkah lakunya...

AdiSuda said...

tngk..kn da ckp..bdak cmel nie mmg tau tak..ahaha

yanamib said...

wpn kita sama² comel tp kita kerja kt tpt lain² dgn gaji lain² kan *relevan tak?* =P


sy faham maksud anda =)

shereena said...

suka entri nie!^__^

Unknown said...

kerana dirimu begitu berharga...

Henry Zackery said...

saya tin ke-3..hehe dalam tempat mewah..hehe

nice entry budak comey..keep it up !!
nasihat yang berguna

Artis Kembar

naqiah said...

very the like comelnye entry...

chika said...

air ci=oke memnag tak bagus lah kan comel? dh banyak fakta dh..ngee :)

meo said...

sekupang je

Lydia Miza said...

sis x suka diet cola krn rasanya x manis..nama pun diet ..hihi.tak best!

sabenazakey said...

sokong sokong.,
saya tak minum air gas., lagi bagus!

najwa's said...

oo yeah, betul! :) allah tak memandang langsung pangkat darjat, yang penting amalan kepadaNYA.

Wan Gerrard said...

nilai diri berbeza mangikut personaliti~

Solihin Zubir said...

haha.. cool! suka entry ni..
keadaan persekitaran membuatkan kita nmpk berbeza..

Peja said...

betul tu... Peja ingat masa 1st time Peja dalam dunia MLM dan internet biz... masa jadi penonton, xde org hirau kite... skrg, org dah nampak kita dan sanggup bayar kite utk sedikit coaching...

amier azrul alias said...

fuyyoo!
comel entry nih..
kekeke!

amalan yg dipandang disisi Allah.. :)

Nas said...

superb! hehehhe
betul2.. persekitaran membuatkan air tin coca cola menjadi murah atau terlalu mahal...
cuma setakat ni aku xpenah la beli coke sampai rm15
cekik darah waaa

aLieF si Muncung ManiS said...

terasa dahaga la pulak...hehe..nice entry btw...alief nak jadi coca cola hitam tu..walaupun sama jenis,tapi harga mahal..rm 15.00 tu...hehe

aLieF si Muncung ManiS said...

lepas ni alief nak pakai kasut 24 jam..taknak tunjuk jari kaki..takut pompuan gersang tgok jari kaki alief..hahahaha