Thursday, September 13, 2012

Kanak-kanak tua teruja dapat masuk zoo! :P


assalamualaikum dan salam kecomelan
sang manusia comel-comelan sekalian. hewhew ;)
entry sebelum ni aku ada update pasal 1st time aku g tengok wayang kat Mesra Mall kemaman,
saje jer cuti2 hujung minggu kat kemaman + kenal2 rumah kawan sekelas kat poli :)
dapat layanan yg super duper best, haruslah suka! haha ;D
so, aktiviti seterusnya kami di kemaman ialah,
(kawan aku yg bawak jalan2, aku ikut jer ;p )



Mini Zoo!
 (takde mini sgt, luas kemain kawasan. >,<)
teruja yu'ollsss! last pegi zoo ni tak silap aku time tadika kat kl dulu kot,
tu pun aku tak ingat aku tgk menatang pe dalam zoo -..-
bila dah tua besar remaja sket ni mmg agak terujalah dpt tgk binatang yg jarang 
kita dpt tengok di kehidupan seharian.


nak dapat tag ni kena bayar 10hinggit dulu tahu!
10hinggit tuk masa yg tidak terhad, korang nak duk dari bukak pukul 10pagi smpai 5ptg pun blh. 
kot? huehue 
alang2 byr mahal, duk lar lama sket kan, round puas2, amek gmbr byk2, kacau menatang cukup2,
tapi kami duk sejam jer kot. haha time tu panas giler, penat kemain! 



sambil2 tunggu kereta gerabak nak ambik kteorg masuk dalam,
kteorg duk mengorat burung ni dulu,
tapi dia sombong tak mau cakap ngn kteorg :(
lepas kteorg pegi jauh, dia duk gelak sekoq2. seram pulak aku rasa!


nampak kecik jer kan kawasan dia dalam peta?
tp hakikatnya luas ok! nak buat acara jungle trekking pun boleh.
zoo ni tgh dalam pengubahsuaian dan penambahbaikan, jd sebahagian jer kwsn blh diteroka.


naik kenderaan terbising abad ini nak masuk dlm zoo,
gong geng gong geng bunyik! bising kemain! brrrr


keterujaan pertama, tengok ikan naga besaaar! >,<
cari ikan paus, ikan jaws takde plak :(


sebahagian gambar burung dan ayam yg aku rajin nk snap.
banyakkk kot burung2 yg ada, yg warna warni cun melecun kemain.
byk sgt burung ngn ayam sampai aku malas nk jejak intai satu2. haha
burung merak taknak kembangkan ekor. majok ngn dia! :(


then kteorg g melawat beruang yg sgt comel!
tapi...busuk! haha
dorang jarang mandikan beruang ni kot, takpun tak basuh tmpt tggl dia.
beruang ni ganas sgt ni. cian korang tak mandi! :P



sepasang suami isteri tapir yg sgt sweet! hewww
boleh plak aku menjerit dgn yakin kat kwn aku ckp, "wei, tu koala bear kan?"
pandai nyeee! tak pakai contact len ok, harap mak long! -..-
tapir ni dipenuhi dan dikelilingi oleh tebuan, tapi tetap tido dgn lena!

tgk menatang yg seterusnya ni,
mmg aku teruja yg amat giler, rasa nak lompat2 sambil tepuk tgn jer.
#over! ;p


abg harimau yg gagah lagi berani. #pffttt
aku tak penah tgk kot harimau hidup2 yg brjalan2 depan mata,
so mmg teruja giler dpt tgk abg rimau! hihi
dalam air tu ada byk ikan. rimau makan ikan jugak ke?
*da lupa blaja sains kat sklh dlu. #kbai


jirang kepada abg rimau, abg singa! 
abg singa ni malas nak berjalan, duk berehat like a boss jer. >,<
ada air terjun ok dalam rumah dorang. curlasttt gtuh!

atas pada sarang harimau ngn singa ni ada jambatan bergantung ok,
pelawat2 boleh naik tgk dari atas, tp atas dia takde penutup pun.
haih! imagine kalau jatuh dlm sarang depa ber2 tu, free2 kena ngap!
tidakkkk! (menjerit dlm hati)
dh ar jambatan gantung tu cam misteri jer, byk daun2. scary gilerrr!



ular sawa!
sarang dia besar sgt sampai tak jumpa cari ular kt mana,
last2 kat depan mata jer kot. sedap dia duk melingkar tido!


boleh dikatakan banyak jugak binatang yg dihidangkan untuk santapan mata,
even dia dinamakan mini zoo. 
dalam tu jugak ada taman tema air, air terjun buatan yg sgt cantik!
time kteorang masuk tu lepas hujan, then mula panas,
berjalan dari satu tempat ke satu tempat rasa mcm da jungle trekking. #pheww
*lama tak exercise camtu lar. sket dh semput! haha

ada satu ruang taman permainan, kteorang duk rehat2 kat situ atas buaian.
Subhanallah! tenang jer rasa dikelilingi pokok yg menhijau :)

lepas pada tu, kteorang g hirup udara pantai plak. angin sgt sempoi-sempoi bahasa.
lagi lagi lagi best! 


#kbai

2 comments:

gadis oren said...

hehe , baru jer pegi semalam , beruang tuh busuk gler , uwek ;p

Mek Onie said...

onie pun suka pegi tempat macam ni ! :D