Sunday, December 2, 2012

Takde tajuk entry. :3







deyyy sampai bila daa nak tunggu loading. :P
so, let's start from now on!

ehemmm! I'm officially 21 today. ^_^
Terima Kasih Allah.
terima kasih sbb kurniakan sy berbagai nikmat yg tidak terhingga.
Alhamdulillah.

Terima kasih atas semua doa.
moga doa nikoh cepat tuh cepat termakbul. bhahahaa! #lempang


#kbai

Happy Birthday To Me! :)

hari ahad,  jam 1:15 a.m
mungkin sudah nyenyak tido diulit mimpi indah.
so, ini adalah entry auto-publish. Heh.


21 tahun yg lepas, tepat jam 1:15 a.m ini lah aku keluar dari perut umi.

Abah aku penah cakap yg lepas aku lahirlah kewangan keluarga jadi agak tidak stabil..huk hukkk

so,

I can't wait 'til the day that I finally get to say,

“Umi, Abah, you don’t have to work anymore. Relax. I can support you now. Thank you for everything that you’ve done for me.”

:'(

moga diberikan kesempatan. Insha Allah.

Happy Birthday to me! :')

Terima Kasih Allah.

Friday, November 23, 2012

Subhanallah walhamdulillah.





phewww phewww!
Subhanallah walhamdulillah.
Allah tu maha pengampun lagi maha penyayang kan.
:'(





Kadang-kadang Allah tegur kita melalui kritikan orang dan 
kadang-kadang cetusan kecil hati kita.
rite? >,<



Wednesday, November 14, 2012

Salam Maal Hijrah 1434H :)










mudahnyeee entry bergambar ni, takyah nak taip byk2!
bhahahaa :P
ginilah org pemalas tapi nak update entry jugak. Heh.
doalah moga aku berubah ditahun baru ini. -_-"






#kbai korangggg :)
   ♥  

Saturday, November 3, 2012

November dah?





makanya ini bermakna
ada lebih kurang 2 bulan lagi kita akan melangkah masuk 
ke tahun 2013. 
#phewww 

so dah boleh start buat azam baru, misi&visi baru,
bajet baru, semuaaa nya baru lah senang! :P

dapat yang baru,
tak semestinya kena lupakan yang lamakan. 
hewhew



#kbai

Sunday, October 28, 2012

Saya dah kerja. *Yeayyy!


Assalamualaikum semua comel-comelan! ;D
huarghhh! siyesly rindu giler kat belog ni. phewww (v.v)"


seperti yang korang tak tau,
aku sekarang dah jadi gadis bekerjaya
ehemmm! *betulkan kolar baju* 
takyah nak betulkan kolar sgtlah kan,
pegi keje pakai baju kurung lar, tak pun baju tshirt track suit pun bole ;p

haruslah aku nak kongsikan kegembiraan dan kesyukuran ni kat belog dahku kan,
sbb kat opis ni adalah interview aku yg ke-10, then baru aku dpt kerja 
Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah... :')
nampak tak betapa gigihnya aku cari kerja,
so sape yg pegi interview skali kena rejek, takyah nak frust sgt lar. kihhh



apa yg aku suka tentang kerja aku skrg ialah sbb
ia adalah bidang aku, bidang yg aku duk hadap selama 3tahun. Heh.
InsyaAllah, aku akan kaut sebyk mungkin pengalaman dan pengetahuan
selama aku akan bekerja kat sini. :)

tipulah kalau takde kesusahan dan kekurangan kan.
but well.. alah biasa tegal biasa kan? :)
keep on praying. Allah kan ada..Dia maha membantu dan maha mengetahui,
jua maha melindungi.

nmpk ke no plate kete tu? abaikan :P
suasana dipagi hari yg sgt indah lagi permai
yg akan aku hadapi setiap hari lepas ni. 
*nmpk tak betapa awal aku kena turun rumah? -.-"
aku harap jambatan sultan yahya ke-2 tu dpt siap tepat masa tahun depan.
pleasa abg2 kontraktok yg kacak lagi gagah perkasa! >,<

errrr....
macam awkward plak rasa nak taip panjang2 kan sbb dh lama tak update belog,
brrrr! *tangan didada mata keatas sgt2* 

so everyone,
wish me all da best.
may Allah bless all of us.
take good care of urself n ur parents.
gtuuuu~ 


haaaa...jgn tanya aku bila gaji nak masuk hokehhh!
hahaha



#kbye

Monday, October 1, 2012

Mood Buruk.





@ tetiba rasa nak nangis.
@ nak marah bila org banyak tanya. (always kot)
@ tetiba menyampah ngn org yg lebih peramah.
@ malas malas dan malas punye malas.


buruk punye mud! huh!
(-__-")

I'm sorry~


#kbai

Wednesday, September 26, 2012

Smile, you don't own all the problems in the world.






kadang kadang rezeki dan peluang tu lambat sampai, 
ia bukan takde dan tak sampai terus jer. 
bersabar dan keep on praying.
#Alhamdulillah :)



#kbai

Wednesday, September 19, 2012

#HakikatJodoh :)

















Being truly happy for another person's good fortune because
 you know Allah S.W.T is fair to His slaves :)



#kbai

Thursday, September 13, 2012

Kanak-kanak tua teruja dapat masuk zoo! :P


assalamualaikum dan salam kecomelan
sang manusia comel-comelan sekalian. hewhew ;)
entry sebelum ni aku ada update pasal 1st time aku g tengok wayang kat Mesra Mall kemaman,
saje jer cuti2 hujung minggu kat kemaman + kenal2 rumah kawan sekelas kat poli :)
dapat layanan yg super duper best, haruslah suka! haha ;D
so, aktiviti seterusnya kami di kemaman ialah,
(kawan aku yg bawak jalan2, aku ikut jer ;p )



Mini Zoo!
 (takde mini sgt, luas kemain kawasan. >,<)
teruja yu'ollsss! last pegi zoo ni tak silap aku time tadika kat kl dulu kot,
tu pun aku tak ingat aku tgk menatang pe dalam zoo -..-
bila dah tua besar remaja sket ni mmg agak terujalah dpt tgk binatang yg jarang 
kita dpt tengok di kehidupan seharian.


nak dapat tag ni kena bayar 10hinggit dulu tahu!
10hinggit tuk masa yg tidak terhad, korang nak duk dari bukak pukul 10pagi smpai 5ptg pun blh. 
kot? huehue 
alang2 byr mahal, duk lar lama sket kan, round puas2, amek gmbr byk2, kacau menatang cukup2,
tapi kami duk sejam jer kot. haha time tu panas giler, penat kemain! 



sambil2 tunggu kereta gerabak nak ambik kteorg masuk dalam,
kteorg duk mengorat burung ni dulu,
tapi dia sombong tak mau cakap ngn kteorg :(
lepas kteorg pegi jauh, dia duk gelak sekoq2. seram pulak aku rasa!


nampak kecik jer kan kawasan dia dalam peta?
tp hakikatnya luas ok! nak buat acara jungle trekking pun boleh.
zoo ni tgh dalam pengubahsuaian dan penambahbaikan, jd sebahagian jer kwsn blh diteroka.


naik kenderaan terbising abad ini nak masuk dlm zoo,
gong geng gong geng bunyik! bising kemain! brrrr


keterujaan pertama, tengok ikan naga besaaar! >,<
cari ikan paus, ikan jaws takde plak :(


sebahagian gambar burung dan ayam yg aku rajin nk snap.
banyakkk kot burung2 yg ada, yg warna warni cun melecun kemain.
byk sgt burung ngn ayam sampai aku malas nk jejak intai satu2. haha
burung merak taknak kembangkan ekor. majok ngn dia! :(


then kteorg g melawat beruang yg sgt comel!
tapi...busuk! haha
dorang jarang mandikan beruang ni kot, takpun tak basuh tmpt tggl dia.
beruang ni ganas sgt ni. cian korang tak mandi! :P



sepasang suami isteri tapir yg sgt sweet! hewww
boleh plak aku menjerit dgn yakin kat kwn aku ckp, "wei, tu koala bear kan?"
pandai nyeee! tak pakai contact len ok, harap mak long! -..-
tapir ni dipenuhi dan dikelilingi oleh tebuan, tapi tetap tido dgn lena!

tgk menatang yg seterusnya ni,
mmg aku teruja yg amat giler, rasa nak lompat2 sambil tepuk tgn jer.
#over! ;p


abg harimau yg gagah lagi berani. #pffttt
aku tak penah tgk kot harimau hidup2 yg brjalan2 depan mata,
so mmg teruja giler dpt tgk abg rimau! hihi
dalam air tu ada byk ikan. rimau makan ikan jugak ke?
*da lupa blaja sains kat sklh dlu. #kbai


jirang kepada abg rimau, abg singa! 
abg singa ni malas nak berjalan, duk berehat like a boss jer. >,<
ada air terjun ok dalam rumah dorang. curlasttt gtuh!

atas pada sarang harimau ngn singa ni ada jambatan bergantung ok,
pelawat2 boleh naik tgk dari atas, tp atas dia takde penutup pun.
haih! imagine kalau jatuh dlm sarang depa ber2 tu, free2 kena ngap!
tidakkkk! (menjerit dlm hati)
dh ar jambatan gantung tu cam misteri jer, byk daun2. scary gilerrr!



ular sawa!
sarang dia besar sgt sampai tak jumpa cari ular kt mana,
last2 kat depan mata jer kot. sedap dia duk melingkar tido!


boleh dikatakan banyak jugak binatang yg dihidangkan untuk santapan mata,
even dia dinamakan mini zoo. 
dalam tu jugak ada taman tema air, air terjun buatan yg sgt cantik!
time kteorang masuk tu lepas hujan, then mula panas,
berjalan dari satu tempat ke satu tempat rasa mcm da jungle trekking. #pheww
*lama tak exercise camtu lar. sket dh semput! haha

ada satu ruang taman permainan, kteorang duk rehat2 kat situ atas buaian.
Subhanallah! tenang jer rasa dikelilingi pokok yg menhijau :)

lepas pada tu, kteorang g hirup udara pantai plak. angin sgt sempoi-sempoi bahasa.
lagi lagi lagi best! 


#kbai

Sunday, September 9, 2012

Keterujaan 1st time tengok wayang.


assalamualaikum korangg comel comelan semuaaa :)
aku baru balik dari bercuti di kemaman, ganung kiter selama 2hari 2malam.
terujaaa nk update blog nieh! >,< 
erkkk tu-pun-kalau-rajin ;p


sape suh upload lam fesbuk sgt.
kan dah kena perli ngn PA sendiri. haha :B
En Nik Ahmad Azmee tu penasihat akademik aku kat pkb,
kira mcm papa kteorg lah time tu, sgt menjaga kami dgn sebaiknya. :)
aku tak perasan plak kteorg dh fren dlam fesbuk. heh!

alang-alang da pegi bercuti kat kemaman,
haruslah nak masuk try tgk wayang kat mesra mall!
sekali jer cik. takpe dop? hehe :)


keterujaan :'D
upload gambar lam cinema sekeping.
1st time masuk, haruslah tunjuk keterujaan sket!
kahkah -..-


hantu air?
cerita seram komedi. 
kejap seram, kejap komedi, kejap 18sx, kejap blur, kejap entah pape.
nama lagi hantu air kan? so, dia takleh gerak if takde air. haha

act nak tgk citer SAM, tapi tak sempat. sobsss :(


nanti-nantilah update lagi,
#kbai :)

Wednesday, August 29, 2012

Kari bewarna hijau di KFC!


assalamualaikum semua! :)


tadi keluar dgn kengkawan pegi jenjalan kt kbmall,
tetiba perot lapo berentak gangnam style #puihhh -..-
act, nak makan GCB kat McD, tp punya ramai umat manusia :(
makanya beralih arah dan selera ke kfc,
makanya ingin mencubailah menu baru, kfc green curry.



rasa dia?
rasanya tak macam kari sgt, tp macam kuah rendang. (tekak aku!) 
tapi sedap rendang umi aku buat lagi lah. hueh!
tapi not bad sebab pedas,rasa cili padi. aku suka pedas. 
kuah dia pekat sgt, terlebih santan kot.
maybe lain tmpt, lain rasa kan. mesti chef dia lain2 setiap negeri.
nasik plak lembik (tak kenyal) so agk muak mkn ngn kuah camni.
next time, aku makan nasik ayam kuah sup tu lagi sedap. hewhew :)


korang da rasa ke? best tak?


#kbai :)

Wednesday, August 15, 2012

Beriftar bersama kawang-kawang.


assalamualaikum korang comel-comelan semuaaa ;)

bila dh habis belajar, dh start jadi penganggur yg berjaya nie,
mmg tempatnya dirumah jelah kan. #pffttt
jadi ramadhan kali ini amatlah best sbb sepenuhnya sambut dirumah,
sahur ada org kejut, berbuka ada org prepare. kehkeh
tapi saat2 bersahur n berbuka dgn kawang2 amatlah dirindui! :')

jadi dari mingggu pertama ramadhan lagi
aku duk pikir2 dalam kepala rancang nk ajak kawang2 berbuka sekali,
bosan gak kan asyik berbuka kat umah ;p
tapi bila dh habis blaja nie, msg2 da ada komitmen sndiri,
msg2 jauh, msg2 busy, msg2 dgn urusan mengasing. -..-

nevamind,
tak semua yg kata 'tak boleh' kan? :)

thanks azman, pija, syafa, ila, dan amni! :D

terima kasihlah kepada cik syafa sbb sudi tempahkan meja di Selera Cik Siti :)
kengkawan dari sem 1 di PKB, yg nie jer mampu hadir. #erkkk


sebelum & selepas ;p
tomyam dia best! pekat dan lauk byk. perghhh! :)
lauk ayam halia, daging merah, telur dadar, kailam ikan masin cam biasa jer rasa mcm kat kedai2 lain. heee




harga dia not bad, dalam 15hinggit 1kepala.
6kepala. korang darab lah sendiri. haha!

datang kt cik siti nie mmg terliur nk makan chicken chop dia.
pas raya! pas raya! hewhew



ayuh serbu colek pulop! :D



#kbai


Wednesday, August 8, 2012

Menu Berbuka. Aku Ada, Kau Ada? #Erkkk


assalamualaikum semua, semua dan semuanya..
act, entry nie saje jer nk menunjuk hidangan berbuka puasa,
jeles tgk orang lain duk post, nk post jugak! *hentak kaki*
muahahaa keji nya aku rasa! ;p

ok, sila layan kan jelah aku nie,
plissss~ *wat muka comel, kedip2 mata*


asam pedas ikan patin.
#erkkk asam pedas ke? haha 
sedap tapi aku tak makan sgt sbb ikan dia tu mcm lembik2. heee :P


gulai daging.
sedap, daging dia lembut-senang-dikunyah.


pucuk paku goreng bersama telur.
ouch3, nie aku plg suka! 
bersinar-sinar mata tgk mak sdare aku goreng sayur nie. :'D


sira keladi.
nenek aku buat. dia suka manis, jadi mmg manis+pekat.
meleleh dlm liang tekak beb! haha


timun susu.
pencuci mulut feveret aku sepnjg hayat, poreba n eva! 
haha *over kau nyahh! :3

sebenarnya ada lagi lauk tak sempat nk snap,
ada sup daging ngn ayam percik,
sedap-lazat-hingga-menjilat-pinggan.
tambah2 lagi mkn ramai2 anak beranak Mok Su Nab. 
 ahaksss ;D


terima kasih baca post bersahaja ini. 



#kbai :)

Monday, August 6, 2012

#ThankYouLeeChongWei







rasa macam nak menangis jugak :')
semangat patriotik jugak ok aku nie. ehemm! 



#ThankYouLeeChongWei 


:)


Salam Nuzul Quran 2012.


“Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk),Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah,Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.”[Al-`Alaq: 1-5]





bila kita punya banyak masalah,
bila kita rasa kepala nie serabut sangat,
bila kita rasa hidup nie mcm tak menentu,
bila kita rasa kita nie lemah sangat,
bila kita rasa dunia nie tak lagi adil,
bila kita rasa nak mengalah,
bila kita rasa sedih yg amat,

dan
bila kita tatap, pegang, buka dan baca Quran dgn seikhlasnya.
kita sendiri akan rasa kelainan dalam jiwa kita.
ketenangan yg kita takkan dpt jumpa&rasa dimana-mana.
:')



Salam Nuzul Quran. 




boleh baca ---> Sejarah Nuzul Quran :)


Friday, August 3, 2012

Homemade Chicken Chop.


assalamualaikum u'ollsss! 
yummiessss! semalam berbuka makan chicken chop. 
hiksss ^______^



macam nie cara dan bahan nak buat sos dia yg sgt simple dimple haaa. 
(bajet da macam chef-chef! ehemmm! *betulkan kolar baju*)
:P

Bahan-bahan diperlukan:
-bawang putih 3ulas (dicincang)
-bawang besar 2ulas (dicincang)
-segenggam lada hitam (ditumbuk sehingga halus mulus)
-4/5sudu tepung jagung (dicampur air)
-sos tiram (sesenduk)
-semangkuk besar air (ikut sebanyak mana korang nak)

Cara membuat:
1. panaskan sedikit minyak, masukkan bawang putih. goreng sehingga nmpk kuning.
2. masukkan plak bawang besar. kacau hingga mereka bercampur aduk semesra mungkin. #erkk
3. then, masukkan lada hitam. gaul rata sehingga naik bau.
4. masukkan air sebanyak yg korang perlukan. 
5. masukkan sesenduk sos tiram. kacau dan tunggu sehingga mendidih.
6. last masukkan tepung jagung yg dh disebati dgn air.
7. kacau dorang hingga pekat. terus tutup api. 
siap!
simple-dimple-pimple sgt! :)




tapi skill nak buang tulang ayam tu memang fail lagi.
bersirat tulang ayam, nak makan pun tak feel. haha
dun care, janji habis! ;D




#kbai korangggg!
:)

Thursday, August 2, 2012

#DearMyFutureHusband





#DearMyFutureHusband
 silalah bimbing saya dengan baik nanti.
sy pasti akan mendengar kata awak. 
boleh sesama ke Jannah Allah. insyaAllah.
hiksss! suwet nyeh :'P



#kbai
:)

Wednesday, August 1, 2012

Interview, interview dan interview! *nada teruja*



assalamualaikum korang semua :)
selamat menjalani ibadah puasa dgn sebaiknya.

ehemmm, esok aku ada interview kerja. untuk kali yg ke...9 kot setakat nie (._.")
*tak termasuk yg aku tak pergi. hukkk!
sgt tak best kot bila ada kata-kata dan pertanyaan,
"interview lagi? pah sajo pulop."
"tak dpt ke interview hari tu?"
"keje dh ke? dgr kata interview hari tu."
#pffttttt -..-

tapi setakat nie aku tak rasa give up lagi.
hantar resume byk2, nak panggil ke tak itu hak mereka.
pegi interview byk2, dapat kerja ke tak itu rezeki Allah tentukan.
hukhuk ;)

*tapi byk kesilapan jugak kot aku buat time interview tu. mcm tak cukup preparation maybe. hmmm!


sila doakan yg terbaik untuk saya. terima kasih :)



The Prophet PBUH  said : 

There will come a time when holding on to your Iman would be 
like holding on to hot coal"
(Sahih al-Tirmidhi)

:')



#kbai


Tuesday, July 31, 2012

Top 4 Wishes!




hmm hmmm!
memang tak lar kan! 
-..-




ohoiii, Ramadhan da masuk hari ke 11.
cepat nye masa berlalu kan~ :')



Thursday, July 5, 2012

For those who read this blog...





oke, nanti aku upload gambar korang ye.
bhahaaa! :P
ouch, jgn lupa senyum. 
^_^ 





When you feel you're having a bad day,do sadaqah.
Even the simplest one, you never know how one good deed can make 
you feel happier & better.
InsyaAllah.





#kbai
:)